Halal fun board games / Mohd Zaid Daud, Azri Bhari and Zulaipa Ruzulan

Daud, Mohd Zaid and Bhari, Azri and Ruzulan, Zulaipa (2017) Halal fun board games / Mohd Zaid Daud, Azri Bhari and Zulaipa Ruzulan. In: Melaka International Intellectual Exposition (MIIEX 2007). Division of Research and Industry Linkages, Alor Gajah, Melaka.

Abstract

Industri halal global dijangka terus mendapat permintaan yang lebih memberangsangkan dengan memperkenalkan pelbagai modifikasi dan inovasi produk. Ini terbukti apabila, saiz pasaran halal di peringkat global telah mencapai jumlah US$ 2.77 trilion setahun. manakala eksport produk halal Malaysia telah mencapai RM 37.7 bilion. Perkembangan ini didorong oleh peningkatan populasi, kesedaran Musim, dan aspek penyelidikan dan inovasi. Negara Malaysia dilihat sebagai rujukan terbaik dalam membangunkan produk halal melalui penawaran beberapa skim pensijilan halal yang merangkumi tujuh kategori iaitu produk makanan dan minuman, premis makanan, barang gunaan, kosmetik dan dandanan diri, rumah sembelih, farmaseutikal dan logistik. Walau bagaimanapun, terdapat perbahasan isu-isu halal disebabkan kurangnya keberkesanan dalam penyampaian maklumat. Kewujudan pelbagai manual dan standard sewajarnya memerlukan alat yang bukan sahaja memudahkan, namun mampu mengukur asas kefahaman mereka. Menyedari hal ini, sebuah inovasi baharu diperkenalkan iaitu permainan ilmiah yang dinamakan Halal Fun Board Games. Halal Fun Board Games merupakan permainan papan bertemakan halal yang bertujuan meningkatkan kefahaman dan kemahiran setiap pemain terhadap pengurusan halal. Halal Fun Board Games meliputi beberapa tahap soalan uji minda yang menerapkan kaedah pengurusan halal meliputi semua aspek skim pensijilan halal. Halal Fun Board Games turut bersifat global iaitu diterbitkan dalam pelbagai bahasa termasuklah bahasa Melayu, Inggeris dan Arab. Halal Fun Board Games diyakini mampu menjadi bahan bantu mengajar yang interaktif dan mampu membawa masyarakat memahami konsep dan pengurusan halal dengan lebih mudah dan pantas.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Daud, Mohd Zaid
UNSPECIFIED
Bhari, Azri
UNSPECIFIED
Ruzulan, Zulaipa
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Patron
Mahat, Sabariah
UNSPECIFIED
Advisor
Othman, Rani Diana
UNSPECIFIED
Advisor
Harun, Norazman
UNSPECIFIED
Advisor
Ismail, Shafinar
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Food industry and trade. Halal food industry. Certification
L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Melaka
Keywords: Board Games; Industri halal; Malaysia
Date: 2017
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/47840
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of Abstract Only] Text (Abstract Only)
47840.pdf

Download (361kB)

ID Number

47840

Indexing

Statistic

Statistic details