Kesilapan penggunaan kata ganti nama dan kata kerja dalam pembinaan ayat bahasa Arab / Abd Rahman Jamaan, Farhana Idris dan Munirah Azrae

Jamaan, Abd Rahman and Idris, Farhana and Azrae, Munirah (2010) Kesilapan penggunaan kata ganti nama dan kata kerja dalam pembinaan ayat bahasa Arab / Abd Rahman Jamaan, Farhana Idris dan Munirah Azrae. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Secara ringkasnya kajian ini cuba mendedahkan salah satu permasalahan pembelajaran bahasa arab khususnya dalam aspek penggunaan kata ganti nama dan kata kerja mudari' untuk pelajar yang mengambil kursus bahasa arab komunikasi di UiTM. Kajian ini sebenarnya lebih tertumpu di dalam bidang struktur bahasa arab yang melibatkan ilmu sintaksis yang merupakan salah satu cabang ilmu di dalam bahasa arab. Kajian dimulakan dengan pembentangan mengenai kata ganti nama, kata kerja mudari' dan struktur pembinaan ayat bahasa arab. Kajian ini cuba mengenai pasti punca kesilapan penggunaan kata ganti nama dan kata kerja dalam pembinaan ayat bahasa arab.yang dilakukan oleh pelajar. Pengkaji telah memilih 150 orang pelajar dari kampus UiTM Johor sebagai responden. Setiap responden diberikan satu set borang soal selidik untuk mengenai pasti permasalahan dan ini dijadikan data untuk dianalisa. Hasil kajian menunjukkan kesilapan penggunaan kata ganti nama dan kata kerja mudari' dalam pembinaan ayat adalah kurang daripada 50 peratus daripada keseluruhan kajian. Ini bermakna bahawa pelajar memahami makna kata ganti nama dan kata kerja mudari' tetapi mereka tidak pasti tentang penggunaannya di dalam ayat. Kajian ini diakhiri dengan kesimpulan dan cadangan untuk mengatasi permasalahan yang dihadapi. Diharap kajian ini dapat memberi satu gambaran yang jelas tentang permasalahan pembelajaran kata ganti nama dan kata kerja khususnya dalam pembinaaan ayat bahasa arab serta dapat menghasilkan satu kaedah yang lebih berkesan untuk mengatasinya.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Jamaan, Abd Rahman
UNSPECIFIED
Idris, Farhana
UNSPECIFIED
Azrae, Munirah
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language. Linguistic theory. Comparative grammar
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Research Management Centre (RMC)
Keywords: kata ganti nama, kata kerja, bahasa Arab
Date: 2010
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/47509
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 47509.pdf] Text
47509.pdf

Download (974kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

47509

Indexing

Statistic

Statistic details