Meninjau model pentadbiran awam: dari pentabiran awam tradisional (PAT) ke perkhidmatan awam baru (PeAB) / Mazlan Che Soh and Makmor Tumin

Che Soh, Mazlan and Tumin, Makmor (2020) Meninjau model pentadbiran awam: dari pentabiran awam tradisional (PAT) ke perkhidmatan awam baru (PeAB) / Mazlan Che Soh and Makmor Tumin. Journal of Administrative Science, 17 (2). pp. 36-71. ISSN 1675-1302

Official URL: http://jas.uitm.edu.my/

Abstract

Pentadbiran awam sebagai disiplin ilmu mempunyai kepentingan ketara khususnya apabila perbincangan terhadap sistem kerajaan dan negara dilakukan. Pentadbiran awam mencorakkan bagaimana sesebuah negara itu ditadbir dan digerakkan ke arah mencapai suatu tahap yang berkesan demi kesejahteraan rakyat. Pentadbiran awam yang mantap serta cekap merupakan prasyarat penting demi mencapai objektif berkerajaan dan bernegara. Dalam hal ini, pentadbiran awam telah melalui suatu proses perkembangan yang begitu lama sejak dari zaman peradaban manusia di era Mesopotomia dan Greek purba, Rom, China, Mesir dan sehinggalah hari ini. Dalam masa itu, beberapa model pentadbiran awam telah dibangunkan dan berkembang, khususnya pada akhir abad ke 18 dan 19. Antara model-model tersebut adalah model Pentadbran Awam Tradisional (PAT) telah diperkenalkan. Perubahan dan dinamika yang melibatkan urusan bernegara menyaksikan model ini telah melalui beberapa perubahan dengan beberapa model baru diperkenalkan. Meksipun terdapat beberapa model berkaitan seperti Pentadbiran Awam Baru, Teori Kritikal dalam Pentadbiran Awam, hinggalah kepada “New Public Governance”, namun kertas ini hanya membincangkan tiga model sahaja iaitu Pentadbiran Awam Tradisional (PAT), Pengurusan Awam Baru (PAB) dan Perkhidmatan Awam Baru (PeAB). Artikel berasaskan paradigma kualitatif serta menggunakan kaedah analisis tematik ini akan membincang dan membanding ketiga-tiga model berkenaan dari beberapa sudut. Kupasan yang dilakukan antara lain akan meneliti latar belakang model, prinsip, dimensi asas, kritikan serta kaedah pengoperasiannya. Adalah diharapkan ianya akan dapat meningkatkan kefahaman terhadap kewujudan model-model berkenaan dan bagaimanakah ianya memainkan peranan dalam pentadbiran awam.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Che Soh, Mazlan
UNSPECIFIED
Tumin, Makmor
UNSPECIFIED
Subjects: J Political Science > JA Political science (General) > Political science
J Political Science > JC Political theory. The state. Theories of the state > Purpose, functions, and relations of the state
J Political Science > JS Local government. Municipal government > Local government
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Administrative Science and Policy Studies
Journal or Publication Title: Journal of Administrative Science
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Journal of Administrative Science (JAS)
ISSN: 1675-1302
Volume: 17
Number: 2
Page Range: pp. 36-71
Keywords: Pentadbiran Awam, Pentadbiran Awam Tradisional (PAT), Pengurusan Awam Baru (PAB)
Date: December 2020
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/47371
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 47371.pdf] Text
47371.pdf

Download (449kB)

ID Number

47371

Indexing

Statistic

Statistic details