Kajian mengenai pasar budaya / Argus Zaidi Mobin … [et al.]

Mobin, Argus Zaidi and Md. Arif, Jafery and Salim, Mustaffa Kamal and Abdullah, Saufi Anuar and Wan Abdul Hamid, Sulaidi and Mohd Jidan, Zainal Ariffin and Ibrahim, Zolkifli (1987) Kajian mengenai pasar budaya / Argus Zaidi Mobin … [et al.]. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Projek penyelidikan ini adalah merupakan sebahagian dari matapelajaran wajib yang perlu disempurnakan oleh setiap pelajar semester akhir kursus Diploma In business Studies. Matapelajaran ini (Business Research: MGT 364) bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar dari aspek teori dan praktikal tentang bagaimana penyelidikan sesuatu kajian dibuat. Ini adalah sebagai persediaan asas bagi kami sebelum menceburkan diri ke dalam profesion sebenar. Kumpulan penyelidikan telah memilih Pasar Budaya, sebuah kompleks perniagaan yang unik sebagai.bahan penyelidikan. Nama Pasar Budaya tidak asing lagi bagi penduduk Wilayah Persekutuan khususnya. Nama ini sering tercatat di dalam lembaran-lembaran akhbar dan majalah. la juga pernah ke udara melalui televisyen dan radio. Kini terdapat suara-suara masyarakat dari pelbagai pihak mengenai Pasar Budaya. Perbagai pandangan yang positif dan negatif pernah tersiar di dalam media massa. Secara keseluruhannya pandangan umum terhadap Pasar Budaya adalah merangkumi objektif, masalah serta pencapaiannya. Kajian ini akan cuba mendedahkan apakah objektif sebenar Pasar Budaya dan masalah yang dihadapi oleh pihak-pihak yanc terlibat dengannya. Masalah-masaiah ini akan cuba dianalise serta diberi pandangan dan cadangan untuk meningkatkan prestasi Pasar tersebut.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 47306.pdf]
Text
47306.pdf
Download (120kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics