Peranan bahasa kedua (Bahasa Inggeris) dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa ketiga (Bahasa Jerman) / Mohd Sofian Abdul Latif, Md Noh Nyata and Mohammad Radzi Manap

Abdul Latif, Mohd Sofian and Nyata, Md Noh and Manap, Mohammad Radzi (2007) Peranan bahasa kedua (Bahasa Inggeris) dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa ketiga (Bahasa Jerman) / Mohd Sofian Abdul Latif, Md Noh Nyata and Mohammad Radzi Manap. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Seseorang pelajar sesuatu bahasa ketiga telah mempunyai pengetahuan mengenai pemerolehan dan pembelajaran sesuatu bahasa semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa ibunda dan bahasa kedua mereka. Pengetahuan sedia ada ini seharusnya mereka gunakan untuk memudahkan pembelajaran bahasa ketiga mereka. Kajian-kajian terkini menunjukkan bahawa dalam P&P bahasa kedua selalunya melibatkan banyak proses pembangunan kemahiran berbahasa seperti metakognitif, strategi belajar dan lain-lain. Semua kemahiran tersebut digunakan oleh pelajar untuk menguasai bahasa kedua mereka sebaik mungkin termasuklah penggunaannya dalam kehidupan seharian. Ini bermakna seseorang yang bilingual akan lebih mudah untuk mempelajari sesuatu bahasa ketiga berbanding dengan seseorang yang monolingual.Persoalannya ialah aspek P&P manakah yang dapat memudahkan pembelajaran sesuatu bahasa ketiga. Yang jelas di sini ialahtahap penguasaan bahasa kedua pelajar. Semakin tinggi tahap penguasaan bahasa kedua para pelajar semakin mudah proses pembelajaran bahasa ketiga mereka. Namun begitu aspek yang lebih penting ialah jarak linguistik atau tipologi bahasa antara bahasa-bahasa yang terlibat. Semakin dekat jarak linguistik sesuatu bahasa yang dipelajari dengan sesuatu
bahasa yang sudah dikuasai maka semakin banyak ia membantu P & P bahasa sasaran.Keutamaan perlulah diberikan kepada aspek-aspek positif seperti persamaan perbendaharaan kata antara bahasa-bahasa yang terlibat berbanding dengan aspek-aspek negatif seperti pemindahan bahasa d a n lain-lain yang boleh mengganggu proses pembelajaran bahasa ketiga. Dalam usaha memantapkan P&P bahasa ketiga tenaga pengajar seharusnya mengeksploitasi pengetahuan sedia ada para pelajar seperti yang dibincangkan di atas. Di samping itu mereka juga perlu menyedari bahawa aspek-aspek tersebut berperanan dalam meningkatkan motivasi para pelajar untuk mempelajari sesuatu bahasa ketiga.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Latif, Mohd Sofian
UNSPECIFIED
Nyata, Md Noh
UNSPECIFIED
Manap, Mohammad Radzi
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Wan Ariffin, Wan Latifah
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PR English literature
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Research Management Centre (RMC) > Institute of Research, Development and Commercialization (IRDC)
Keywords: Bahasa kedua, bahasa Inggeris, bahasa Jerman
Date: 2007
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/4728
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 4728.pdf] Text
4728.pdf

Download (155kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

4728

Indexing

Statistic

Statistic details