Abstract
Menulis karangan merupakan aras yang tertinggi dalam kemahiran menulis kerana ia melibatkan kemahiran-kemahiran bahasa yang lain. Manakala penulisan ilmiah adalah salah satu cabang penulisan yang unik kerana memerlukan kemahiran bahasa serta metodologi yang betul dalam penghasilannya dan salah satu kemahiran yang diperlukan adalah kemahiran membuat parafrasa. Namun untuk membuat parafrasa bukanlah suatu yang mudah apatah lagi melibatkan bahasa ketiga. Justeru, kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti kelemahan pelajar dalam membuat parafrasa Bahasa Arab dalam penghasilan makalah ilmiah serta langkah penyelesaian terhadap masalah ini. Kajian ini adalah kajian berbentuk kualitatif iaitu dengan menggunakan metode analisis dokumen di mana sampel data diambil dari kerja khusus akhir bagi subjek Bahasa Arab Untuk Tujuan akademik. Sebanyak 25 sampel data diambil dari kalangan pelajar semester satu 2020/2021, Fakulti Pengajian Bahasa Utama dan Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kelemahan pelajar yang paling utama adalah kelemahan dalam membentuk struktur ayat di mana terdapat kesalahan yang ketara dari sudut bahasa yang terdiri daripada kesalahan sintaksis, morfologi, pemilihan perkataan yang tepat, dan ketidaksempurnaan makna dari petikan asal. Penulisan ini diharapkan dapat membantu para guru bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan membantu pelajar meningkatkan kemahiran dalam penulisan makalah Bahasa Arab.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Gani, Muhammad Izuan izuanis@usim.edu.my Ramli, Sulhah UNSPECIFIED Ahmad Zahid, Muhammad Dzarif UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Patron Mohd Nor, Abd Halim UNSPECIFIED Advisor Md Badarudin, Ismadi UNSPECIFIED Advisor Jono, Nor Hajar Hasrol UNSPECIFIED Advisor Ismail, Shafinar UNSPECIFIED Advisor Maulan, Sumarni UNSPECIFIED Advisor Md Yusuf, Ahmad Harith Syah UNSPECIFIED Advisor Mahpoth, Halim UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and languages P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus |
Keywords: | Kemahiran menulis; Parafrasa; Makalah ilmiah; Bahasa Arab; Kelemahan pelajar |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/46415 |