Persepsi pelajar Diploma UiTM Melaka terhadap mod pembelajaran terbuka dan jarak jauh (ODL) subjek bahasa Arab komunikasi dalam situasi pandemik Covid-19 / Anuar Sopian dan Ijlal Saja@Mearaj

Sopian, Anuar and Saja@Mearaj, Ijlal (2021) Persepsi pelajar Diploma UiTM Melaka terhadap mod pembelajaran terbuka dan jarak jauh (ODL) subjek bahasa Arab komunikasi dalam situasi pandemik Covid-19 / Anuar Sopian dan Ijlal Saja@Mearaj. In: International Conference of Research on Language Education (I–Role) 2021: Engaging in Change: Empowering Linguistics, Literature & Language. Akademi Pengajian Bahasa, Alor Gajah, Melaka.
Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui persepsi para pelajar Universiti Teknologi MARA Kampus Alor Gajah Melaka terhadap mod pembelajaran terbuka dan jarak jauh (ODL) subjek bahasa Arab komunikasi yang dijalankan dalam situasi pandemik Covid-19. Kajian ini melibatkan 150 orang pelajar Diploma yang mengambil subjek bahasa Arab sebagai bahasa ketiga. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan deskriptif dengan menggunakan nilai min. Bagi mendapatkan persepsi pelajar tentang ODL ini borang soal selidik digunakan sebagai instrumen yang telah diadaptasi dari kajian lepas. Terdapat empat aspek yang telah dikaji. Dapatan kajian ini menunjukkan tiga aspek yang dikaji di dalam kajian ini berada pada tahap tinggi iaitu kandungan pembelajaran atas talian (3.67), interaksi atas talian (3.74), maklum balas pensyarah (3.84) dan manakala kemudahan mengakses aplikasi pembelajaran atas talian adalah pada tahap sederhana (2.75). Oleh hal yang demikian, penambahbaikan perlu dipertingkatkan bagi memastikan pembelajaran secara atas talian ini dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna. Selain itu komitmen para pensyarah dan para pelajar juga amat penting bagi memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan lebih berkesan dengan mengambil kira jurang capaian internet.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of Abstract Only]
Text (Abstract Only)
46394.pdf
Download (508kB)
Indexing & Metrics