Abstract
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui persepsi para pelajar Universiti Teknologi MARA Kampus Alor Gajah Melaka terhadap mod pembelajaran terbuka dan jarak jauh (ODL) subjek bahasa Arab komunikasi yang dijalankan dalam situasi pandemik Covid-19. Kajian ini melibatkan 150 orang pelajar Diploma yang mengambil subjek bahasa Arab sebagai bahasa ketiga. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan deskriptif dengan menggunakan nilai min. Bagi mendapatkan persepsi pelajar tentang ODL ini borang soal selidik digunakan sebagai instrumen yang telah diadaptasi dari kajian lepas. Terdapat empat aspek yang telah dikaji. Dapatan kajian ini menunjukkan tiga aspek yang dikaji di dalam kajian ini berada pada tahap tinggi iaitu kandungan pembelajaran atas talian (3.67), interaksi atas talian (3.74), maklum balas pensyarah (3.84) dan manakala kemudahan mengakses aplikasi pembelajaran atas talian adalah pada tahap sederhana (2.75). Oleh hal yang demikian, penambahbaikan perlu dipertingkatkan bagi memastikan pembelajaran secara atas talian ini dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna. Selain itu komitmen para pensyarah dan para pelajar juga amat penting bagi memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan lebih berkesan dengan mengambil kira jurang capaian internet.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Sopian, Anuar anuar_09@uitm.edu.my Saja@Mearaj, Ijlal UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Patron Mohd Nor, Abd Halim UNSPECIFIED Advisor Md Badarudin, Ismadi UNSPECIFIED Advisor Jono, Nor Hajar Hasrol UNSPECIFIED Advisor Ismail, Shafinar UNSPECIFIED Advisor Maulan, Sumarni UNSPECIFIED Advisor Md Yusuf, Ahmad Harith Syah UNSPECIFIED Advisor Mahpoth, Halim UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Perception L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus |
Keywords: | Persepsi; Mod pembelajaran; Bahasa Arab; Covid-19 |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/46394 |