Pembelajaran bahasa Arab menerusi karya sastera Al - Nadwi berjudul “Kisah Para Nabi untuk Kanak-kanak” / Mohd Shahrizal Nasir dan Kamarul Shukri Mat Teh

Nasir, Mohd Shahrizal and Mat Teh, Kamarul Shukri (2021) Pembelajaran bahasa Arab menerusi karya sastera Al - Nadwi berjudul “Kisah Para Nabi untuk Kanak-kanak” / Mohd Shahrizal Nasir dan Kamarul Shukri Mat Teh. In: International Conference of Research on Language Education (I–Role) 2021: Engaging in Change: Empowering Linguistics, Literature & Language. Akademi Pengajian Bahasa, Alor Gajah, Melaka.

Abstract

Pembelajaran bahasa Arab khususnya oleh pelajar bukan penutur jati melibatkan pelbagai bahan termasuk genre sastera. Elemen pembelajaran bahasa Arab boleh didapati daripada bahan bacaan sastera kerana pengungkapan sastera termasuk dalam cakupan bahasa. Abu al-Hasan Ali al-Nadwi merupakan seorang tokoh sarjana Islam dari India yang menghasilkan karya sastera dalam bahasa Arab. Usaha beliau menghasilkan karya sastera dalam bahasa Arab dilihat antara lain bertujuan untuk menyebarluaskan bahasa Arab kepada penutur bukan jati. Ini dapat diperhatikan apabila beliau ada menghasilkan bahan karya sastera dalam bahasa Arab untuk bacaan kelompok masyarakat termasuk golongan kanak-kanak. Kertas kerja ini akan menganalisis karya tulisan al-Nadwi berjudul Qasas al-Nabiyyin li al- Atfal (Kisah Para Nabi Untuk Kanak-Kanak). Oleh yang demikian, kajian ini akan menggunakan pendekatan kualitatif iaitu melibatkan kaedah analisis teks. Hasil daripada analisis mendapati bahawa al-Nadwi telah memberi penekanan terhadap beberapa aspek yang mempunyai perkaitan dengan pembelajaran bahasa Arab dengan fokus terhadap golongan kanak-kanak daripada kalangan bukan penutur jati. Penggunaan ayat ringkas, pengulangan frasa dan penghuraian makna merupakan antara perkara yang diberi penekanan oleh al-Nadwi dalam karyanya. Kesemua elemen ini menyerlahkan usaha al-Nadwi menjadikan karya sastera dalam bahasa Arab sebagai salah satu bahan pembelajaran penting untuk bukan penutur jati khususnya daripada golongan kanak-kanak.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Nasir, Mohd Shahrizal
shahrizal_nasir@yahoo.com.my
Mat Teh, Kamarul Shukri
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Patron
Mohd Nor, Abd Halim
UNSPECIFIED
Advisor
Md Badarudin, Ismadi
UNSPECIFIED
Advisor
Jono, Nor Hajar Hasrol
UNSPECIFIED
Advisor
Ismail, Shafinar
UNSPECIFIED
Advisor
Maulan, Sumarni
UNSPECIFIED
Advisor
Md Yusuf, Ahmad Harith Syah
UNSPECIFIED
Advisor
Mahpoth, Halim
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic literature. Islam and literature
P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus
Keywords: Pembelajaran bahasa Arab; Karya sastera; Sastera kanak-kanak; Kisah nabi; Bahan bacaan sastera
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/46392
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of Abstract Only] Text (Abstract Only)
46392.pdf

Download (509kB)

ID Number

46392

Indexing

Statistic

Statistic details