Abstract
Kajian ini berkisar tentang penggunaan sembang santai dalam komunikasi masyarakat Arab. Sembang santai dapat diertikan sebagai dialog atau perbualan yang tidak rasmi dan tidak meliputi sesuatu topik perbualan yang perlu ditangani. Ia adalah perbualan sopan tentang perkara-perkara yang dianggap tidak penting. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bentuk sembang santai yang digunakan dalam kalangan masyarakat Arab. Sehingga kini bentuk sembang santai bahasa Arab dalam komunikasi harian, masih belum dapat difahami secara ilmiah kerana masih kurang penyelidikan yang dijalankan. Kajian ini merupakan kajian berbentuk kualitatif deskriptif yang menggunakan pendekatan analisis kandungan. Pengkaji mengumpul data penyelidikan daripada sebuah drama Arab, “ اقأور نالزم رالم ” iaitu Lembaran Masa yang Pahit dari episod 1 hingga 5. Sejumlah 91 set dialog bahasa Arab yang mempunyai unsur sembang santai dikumpulkan daripada drama ini. Data sembang santai dianalisis berlandaskan teori komunikasi fatik Malinowski (1923). Bentuk-bentuk sembang santai ini dikod mengikut bentuk sembang santai yang dibincangkan dalam kajian Jumanto (2014). Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan perisisan ATLAS.ti bagi tujuan pengekodan berdasarkan tema yang dipacu oleh data dan dibina oleh pengkaji. Dapatan kajian ini memperlihatkan masyarakat Arab amat menitik beratkan penggunaan sembang santai dalam komunikasi harian. Terdapat 16 bentuk sembang santai yang dikenalpasti iaitu pesanan, pujian, penghormatan, alu-aluan, pertanyaan khabar, doa, berbasa-basi, meminta diri, sapaan, pelawaan, gurauan, mencelah, permohonan maaf, rasa syukur, penghargaan dan pertanyaan. Sembang santai ini digunakan dengan pelbagai bentuk, tujuan dan keadaan bagi memastikan komunikasi yang lebih berkesan.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mamat, Anis Nabilah anissnabilah1434@gmail.com Mohamad, Norhayuza UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Patron Mohd Nor, Abd Halim UNSPECIFIED Advisor Md Badarudin, Ismadi UNSPECIFIED Advisor Jono, Nor Hajar Hasrol UNSPECIFIED Advisor Ismail, Shafinar UNSPECIFIED Advisor Maulan, Sumarni UNSPECIFIED Advisor Md Yusuf, Ahmad Harith Syah UNSPECIFIED Advisor Mahpoth, Halim UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Communication. Mass media P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Communication. Mass media > Oral communication. Speech P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language P Language and Literature > PR English literature > Drama |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus |
Keywords: | Sembang santai; Komunikasi fatik; Budaya; Masyarakat Arab |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/46366 |