Kajian pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) atas talian bagi mata pelajaran bahasa Jepun Tingkatan Dua / Fatimatuzzahrah Zainol

Zainol, Fatimatuzzahrah (2021) Kajian pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) atas talian bagi mata pelajaran bahasa Jepun Tingkatan Dua / Fatimatuzzahrah Zainol. In: International Conference of Research on Language Education (I–Role) 2021: Engaging in Change: Empowering Linguistics, Literature & Language. Akademi Pengajian Bahasa, Alor Gajah, Melaka.

Abstract

Bahasa Jepun merupakan salah satu mata pelajaran bahasa antarabangsa yang ditawarkan di sekolah menengah di Malaysia. Kertas kajian ini berfokus kepada pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) atas talian bagi mata pelajaran Bahasa Jepun di sebuah sekolah di negeri Pulau Pinang. Tujuan kajian kes adalah untuk mengenal pasti isu pelaksanaan PdPR dan seterusnya menganalisis punca isu tersebut serta memberi cadangan penyelesaian yang relevan. Kajian ini menggunakan tiga jenis instrumen kajian iaitu pemerhatian, temu bual dan soal selidik bagi mengumpul data. Berdasarkan pemerhatian sepanjang tempoh dua minggu di sekolah tersebut, isu penguasaan Bahasa Jepun yang lemah dalam kalangan pelajar Tingkatan Dua dapat dilihat dengan jelas. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa punca dominan adalah peluang mempelajari Bahasa Jepun secara bersemuka fizikal sejak dari tingkatan satu adalah paling sedikit berbanding dengan tingkatan-tingkatan yang lain. Ekoran daripada isu ini, antara masalah utama yang dihadapi adalah penguasaan tatabahasa dan karakter tulisan Bahasa Jepun dalam kalangan pelajar. Dengan demikian, guru harus bertindak secara proaktif, kreatif dan kritis bagi menambah baik mutu pengajaran dan pembelajaran serta menarik minat murid terhadap pendidikan bahasa Jepun agar pembelajaran Bahasa Jepun selama tempoh lima tahun memberi manfaat yang signifikan bagi masa hadapan pelajar.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Zainol, Fatimatuzzahrah
fatimatuzzahrahzainol@gmail.com
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Patron
Mohd Nor, Abd Halim
UNSPECIFIED
Advisor
Md Badarudin, Ismadi
UNSPECIFIED
Advisor
Jono, Nor Hajar Hasrol
UNSPECIFIED
Advisor
Ismail, Shafinar
UNSPECIFIED
Advisor
Maulan, Sumarni
UNSPECIFIED
Advisor
Md Yusuf, Ahmad Harith Syah
UNSPECIFIED
Advisor
Mahpoth, Halim
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Learning ability
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and languages
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Study and teaching. Research > Distance education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus
Keywords: Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) atas talian; Kesukaran belajar; Tatabahasa; Karakter tulisan Bahasa Jepun
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/46350
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of Abstract Only] Text (Abstract Only)
46350.pdf

Download (509kB)

ID Number

46350

Indexing

Statistic

Statistic details