Abstract
Bahasa Jepun merupakan salah satu mata pelajaran bahasa antarabangsa yang ditawarkan di sekolah menengah di Malaysia. Kertas kajian ini berfokus kepada pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) atas talian bagi mata pelajaran Bahasa Jepun di sebuah sekolah di negeri Pulau Pinang. Tujuan kajian kes adalah untuk mengenal pasti isu pelaksanaan PdPR dan seterusnya menganalisis punca isu tersebut serta memberi cadangan penyelesaian yang relevan. Kajian ini menggunakan tiga jenis instrumen kajian iaitu pemerhatian, temu bual dan soal selidik bagi mengumpul data. Berdasarkan pemerhatian sepanjang tempoh dua minggu di sekolah tersebut, isu penguasaan Bahasa Jepun yang lemah dalam kalangan pelajar Tingkatan Dua dapat dilihat dengan jelas. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa punca dominan adalah peluang mempelajari Bahasa Jepun secara bersemuka fizikal sejak dari tingkatan satu adalah paling sedikit berbanding dengan tingkatan-tingkatan yang lain. Ekoran daripada isu ini, antara masalah utama yang dihadapi adalah penguasaan tatabahasa dan karakter tulisan Bahasa Jepun dalam kalangan pelajar. Dengan demikian, guru harus bertindak secara proaktif, kreatif dan kritis bagi menambah baik mutu pengajaran dan pembelajaran serta menarik minat murid terhadap pendidikan bahasa Jepun agar pembelajaran Bahasa Jepun selama tempoh lima tahun memberi manfaat yang signifikan bagi masa hadapan pelajar.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zainol, Fatimatuzzahrah fatimatuzzahrahzainol@gmail.com |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Patron Mohd Nor, Abd Halim UNSPECIFIED Advisor Md Badarudin, Ismadi UNSPECIFIED Advisor Jono, Nor Hajar Hasrol UNSPECIFIED Advisor Ismail, Shafinar UNSPECIFIED Advisor Maulan, Sumarni UNSPECIFIED Advisor Md Yusuf, Ahmad Harith Syah UNSPECIFIED Advisor Mahpoth, Halim UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Learning ability P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and languages P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Study and teaching. Research > Distance education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus |
Keywords: | Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) atas talian; Kesukaran belajar; Tatabahasa; Karakter tulisan Bahasa Jepun |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/46350 |