Abstract
Penjodoh bilangan merupakan salah satu golongan kata yang umum terdapat dalam bahasa Cina dan juga bahasa Melayu walaupun kedua-dua bahasa ini berasal daripada rumpun bahasa yang berlainan. Bahasa Cina merupakan bahasa yang berasal daripada rumpun bahasa Sino-Tibetan manakala bahasa Melayu merupakan bahasa yang berasal daripada rumpun bahasa Austronesia. Kajian ini bertujuan untuk menyerlahkan persamaan dan perbezaan dengan membandingkan penjodoh bilangan bahasa Cina dan bahasa Melayu dari segi semantik kedua-dua bahasa tersebut. Dengan menggunakan Corpus-based Analysis, didapati bahawa kedua-dua bahasa ini mempunyai penggunaan penjodoh bilangan yang unik dan tersendiri. Terdapat persamaan dan juga perbezaan penjodoh bilangan antara kedua-dua bahasa tersebut. Persamaan penggunaan penjodoh bilangan dalam kedua-dua bahasa ini telah membuktikan bahawa terdapat persamaan corak pemikiran dan kognitif dalam dua etnik yang berbeza terhadap objek yang sama, manakala perbezaan pula disebabkan oleh perbezaan budaya dan cara hidup masyarakat pengguna kedua-dua bahasa itu.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ng, Chwee Fang chweefang@upm.edu.my Sariyan, Awang UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Patron Mohd Nor, Abd Halim UNSPECIFIED Advisor Md Badarudin, Ismadi UNSPECIFIED Advisor Jono, Nor Hajar Hasrol UNSPECIFIED Advisor Ismail, Shafinar UNSPECIFIED Advisor Maulan, Sumarni UNSPECIFIED Advisor Md Yusuf, Ahmad Harith Syah UNSPECIFIED Advisor Mahpoth, Halim UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language. Linguistic theory. Comparative grammar P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and languages |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus |
Keywords: | Penjodoh bilangan; Bahasa Cina; Bahasa Melayu; Perbandingan; Semantik; Korpus |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/46267 |