Keberkesanan elemen grafik pembungkusan terhadap pengaruh pembelian produk / Mohd Syazrul Hafizi Husin ... [et al.]

Husin, Mohd Syazrul Hafizi and Md Hashim, Azhari and Mokhtar, Mumtaz (2009) Keberkesanan elemen grafik pembungkusan terhadap pengaruh pembelian produk / Mohd Syazrul Hafizi Husin ... [et al.]. [Research Reports] (Submitted)
Abstract

Keberkesanan elemen-elemen grafik pembungkusan terhadap pengaruh corak pembelian produk di kalangan pengguna memainkan peranan yang amat penting terutamanya dalam pasaran global kini. Penyelidikan ini dijalankan bagi mengkaji keberkesanan elemen-elemen grafik pembungkusan dari produk keluaran tempatan yang dipilih terhadap tahap pengaruh corak pembelian produk di kalangan pengguna. Skop penyelidikan adalah dihadkan kepada dua jenis produk makanan ringan tempatan terdiri daripada jenama ZR. Zairos (Mini Karipap) dan Kabiras Rangup Ent. (Rempeyek Kabiras). Matlamat utama penyelidikan ini adalah untuk mengenalpasti elemen grafik yang paling signifikan dalam mendorong seseorang pengguna untuk membeli sesuatu produk berdasarkan sumber literatur khususnya dari kajian dan teori-teori yang dikemukakan oleh Kotler (2001) berdasarkan kebersandaran di antara pembolehubah bersandar (dependent variable) dan pembolehubah tidak bersandar (independent variables).

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 45642.pdf]
Text
45642.pdf
Download (123kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Bilik Koleksi Akses Terhad | Kampus Sg Petani, Kedah
Item Status
Indexing & Metrics