Pengurusan penyelenggaraan kolej kediaman di UiTM / Mohd Tarowi Yunus

Yunus, Mohd Tarowi (2009) Pengurusan penyelenggaraan kolej kediaman di UiTM / Mohd Tarowi Yunus. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Projek disertasi ini dikcmukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan (Kepujian) Jabatan Ukur Bangunan Fakulti Seni Bina, Perancangan Dan Ukur
Penyelenggaraan bangunan kini dianggap suatu perkara yang amat penting oleh pemilik bangunan mahupun sesuatu organisasi dalam memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna bangunan itu sendiri. Kajian ini telah disasarkan kepada pengurusan penyelenggaraan bangunan dalam usaha mengkaji jenis penyelenggaraan serta kaedah perlaksanaannya, mengenalpasti jenis kerosakan bangunan pada bangunan kediaman/kolej kajian, responsif pengguna serta tahap kepuasan pengguna terhadap kerja penyelenggaraan yang dilakukan. Proses kajian melibatkan kajian literatur dalam mendapatkan data-data sekunder daripada buku, jurnal, majalah dan Iain-lain. Kajian kes juga turut dilaksanakan bagi mendapatkan data-data utama. Kajian kes yang dilaksanakan meliputi temubual dan edaran borang soal selidik terhadap staf-staf di Pejabat Pengurusan Fasiliti, Bahagian Pengurusan Fasiliti, Seksyen Operasi zon H, Unit Pengurusan Kolej serta Pejabat Pengurusan Kolej dan penghuni kolej Mawar, kolej TAR dan Kolej/Blok. Seterusnya data-data yang dikumpulkan akan dianalisa. Hasil kajian, mendapati pihak pengurusan penyelenggaraan yang terlibat di ketiga-tiga kajian kes menjalankan penyelenggaraan terancang, perlaksanaan Sistem Zon dan penyelenggaraan pembaikan yang dilakukan secara kaedah kontrak dan buruh langsung. Kerosakan yang paling kerap berlaku pada bangunan asrama baru ialah kerosakan peralatan tandas. Hasil kajian juga mendapati bahawa tahap kualiti dan masa penyiapan kerja penyelenggaraan adalah memuaskan manakala bagi tempoh masa tindakan diambil setelah aduan dibuat adalah kurang memuaskan.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Yunus, Mohd Tarowi
2006211868
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Mohd Amin, Ghazali (Sr.)
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction > Maintenance and repair
T Technology > TH Building construction > Building failures, errors, defects, etc.
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Bachelor of Building Surveying (Hons.) Department of Building Surveying
Keywords: Kolej kediaman, UiTM, Penyelenggaraan
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/45597
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 45597.pdf] Text
45597.pdf

Download (121kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

45597

Indexing

Statistic

Statistic details