ETR 300 : Syarikat Mutiara Penawar / Mohd Rizo Abdullah ... [et al.]

Abdullah, Mohd Rizo and Ismail, Mursidin and Zainljddin, Nor Mohd Azrin and Jaafar, Idawati (1999) ETR 300 : Syarikat Mutiara Penawar / Mohd Rizo Abdullah ... [et al.]. [Entrepreneurship Project] (Unpublished)
Abstract

Dalam kehidupan seharian manusia,sudah semestinya tidak pernah sunyi dari menghadapi pelbagai masalah dan ujian termasuklah ditimpa pelbagai jenis penyakit. Vv'alaupun penyakit-penyakit ini boleh dilihat secara zahir ataupun sebaliknya, namun sudah menjadi ketentuan bahawa setiap penyakit yang telah diciptakan itu pasti ada penawarnya melainkan dijemput kematian. Maka ramai diantara kita yang sanggup mengeluarkan sejumlah wang yang besar semata-mata untuk mengubati dan merawat yang menjadi masalah kepada mereka. Biarpun tawaran terhadap kaedah perubatan moden dan saintifik semakin bertambah, namun kaedah perubatan secara tradisional juga turut tidak diketepikan. Ubat-ubatan tradisional sebenarnya sudah lama mendapat
sambutan dikalangan masyarakat berbilang etnik di negara ini. Kepercayaan masyarakat kita terhadap kaedah perubatan tradisional tidak pernah luntur malahan juga menjadi alternatif utama setelah kaedah perubatan moden
yang menggunakan teknologi canggih tidak membuahkan hasil yang memberansangkan.
Penggunaan ubat-ubatan tradisional kini bukanlah satu fenomena yang asing lagi di negara ini malahan juga ia telah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1997. Ubat-ubatan tradisional ini telah dibenarkan dijual
di hospital-hospital kerajaan dan swasta termasuklah farmasi-farmasi yang diiktiraf di negara ini. Sebagaimana yang kita sedia maklum, Malaysia adalah merupakan sebuah negara yang kaya dengan tumbuh-tumbuhan tropika
yang terdiri daripada akar-akar kayu dan rempah ratus.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 45467.pdf]
Text
45467.pdf
Download (513kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Bilik Koleksi Akses Terhad | Kampus Sg Petani, Kedah
Item Status
Indexing & Metrics