Abstract
Sarung pelikat atau kain pelikat adalah pakaian yang amat sinonim dengan kaum lelaki Melayu dan kain ini telah dipakai secara meluas sejak zaman Kesultanan Melaka lagi iaitu sekitar abad ke 15. Ia dipercayai berasal dari India dan masuk ke negara ini bersama-sama adat dan agama Hindu sebelum kedatangan Islam atau ketika orang Melayu masih menganuti fahaman animisme. Kain pelikat atau sarung telah diguna masyarakat Melayu di Malaysia sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Menelusuri sejarah perdagangan di Melaka, kain putih yang mendasari bahan asas untuk membuat kain pelikat menjadi bahan dagangan yang utama di Melaka. Justeru, pelikat merupakan warisan sejarah yang sangat berharga. Warisan masyarakat Melayu ini mendominasi perkembangan fesyen tanah air. Kain batik yang bertemakan motif abstrak dirancang berdasarkan beberapa kaedah. Sebagai contoh, motif batik abstrak dihasilkan dengan memfokuskan dua kaedah, iaitu kajian berasaskan rujukan sebelumnya dan kajian lakaran secara visual yang dipraktikkan di studio. Berdasarkan cara pembuatan corak batik sarung pelikat, keunikan warna dan corak kain pelikat telah mencetuskan idea untuk diinspirasikannya di dalam karya batik ini. Ia juga dapat membawa identiti reka corak anak tempatan yang boleh dipasarkan sehingga ke peringkat antarabangsa
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Sapiai, Nur Shaliza nurshaliza@uitm.edu.my Awang, Junaidi UNSPECIFIED Abu Bakar, Roslina UNSPECIFIED Abdul Rahman, Firdaus UNSPECIFIED Abdul Rahman, Aida UNSPECIFIED Mohd Ghazali, Siti Aswani UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > N Visual arts (General) > Special subjects of art N Fine Arts > NX Arts in general > Special subjects, characters, persons, religious arts, etc. T Technology > TS Manufactures > Textile industries > Textile design |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus |
Event Title: | Proceedings of International Conference on Language, Education, Humanities &Social Sciences (i-LEdHS2021) |
Event Dates: | 22 Febuari 2021 |
Page Range: | pp. 311-316 |
Keywords: | Batik, batik kontemporari, kain pelikat, sarung pelikat |
Date: | 22 February 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/44814 |