Abstract
Kajian ini mengetengahkan korpus konsep Sastera Islami. Dalam menyepadukan Sastera Islami yang
domain, konsep ini perlu disepadukan bersesuaian dengan arus kemajuan tanpa meninggalkan komponen penting
nilai-nilai Islam. Ia adalah kajian kepustakaan dengan mengetengahkan realiti yang berlaku selaras dengan
tasawur Islami. Metodologi kajian ini tertumpu pada metode komparatif serta pengamatan nilai Islami yang
tercerna daripada ajaran Islam. Sastera Islami terhasil dari pelbagai aspek kesusasteraan, sama ada tema, ciri
estetik, karya, karyawan dan sebagainya. Justeru, keselarasan aspek-aspek di atas amat penting agar model atau
kerangka genre sastera tidak tersasar daripada Islam dan norma-normanya, serta tidak dimanipulasikan oleh
sesetengah golongan yang mencalarkan imej Islam. Kesimpulan yang dapat dirumuskan dalam kajian ini
menunjukkan konsep Sastera Islami tulen berteras nilai yang terdapat dalam Islam perlu diterapkan dalam
penghasilan sastera, di samping kesedaran serta pengamatan dan penghayatan ajaran Islam dalam kalangan sasterawan demi menyampaikan hasil Sastera Islami yang sebenar, khususnya kepada khalayak Muslim
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ismail, Mohd Zuhdi mohdzuhdi@uitm.edu.my Yusoff, Muhammad Saiful Anuar UNSPECIFIED Mohd Saad, Muhamad Luqman Ibnul Hakim UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Semantics P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and education P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Study and teaching. Research P Language and Literature > PN Literature (General) > Criticism |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus |
Event Title: | Proceedings of International Conference on Language, Education, Humanities &Social Sciences (i-LEdHS2021) |
Event Dates: | 22 Febuari 2021 |
Page Range: | pp. 280-284 |
Keywords: | Konsepsi, Islami, korpus, sastera |
Date: | 22 February 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/44733 |