Unsur tarbiyah di sebalik gaya bahasa dialog Nabi Ibrahim dengan Azar / Muhamad Khairul Anuar Zulkepli and Mohd Zulkhairi Abd Hamid

Zulkepli, Muhamad Khairul Anuar and Abd Hamid, Mohd Zulkhairi (2021) Unsur tarbiyah di sebalik gaya bahasa dialog Nabi Ibrahim dengan Azar / Muhamad Khairul Anuar Zulkepli and Mohd Zulkhairi Abd Hamid. In: Proceedings of International Conference on Language, Education, Humanities &Social Sciences (i-LEdHS2021), 22 Febuari 2021, UiTM Cawangan Kelantan.

Abstract

Al-Qur’an merupakan kitab suci agung yang mengandungi kisah para nabi dan umat terdahulu. Setiap nabi yang diutuskan kepada umatnya mempunyai tujuan yang sama iaitu mengajak manusia beriman kepada Allah. Kisah Nabi Ibrahim antara kisah yang dirakamkan dalam al-Qur’an dan perkara yang menarik perhatian ialah sesi dialog yang berlaku antara baginda dan Azar. Perbincangan dan kupasan terhadap kisah yang berlaku antara baginda dan Azar telah dimulakan sejak dahulu dan ia diteruskan hingga kontemporari kini. Namun, perbahasannya berkisarkan aspek penceritaan, pengkisahan, penafsiran dan sebagainya. Kecenderungan di sebalik nilai kesenian gaya bahasa yang tersirat pada dialog Nabi Ibrahim dan Azar kurang diberikan perhatian khusus. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis dan memperhalusi keindahan gaya bahasa dalam dialog Nabi Ibrahim dan Azar serta relevan unsur tarbiyah yang termaktub di sebalik gaya bahasa tersebut. Kajian ini mendasari pendekatan kualitatif dengan menjadikan al-Qur’an sumber premier. Dialog Nabi Ibrahim dan Azar dikenal pasti terkandung dalam surah Maryam yang menjadi korpus kajian. Dialog tersebut akan diperhalusi aspek gaya bahasa dan dikupas secara deskriptif dengan berpandukan idea dan pandangan para ilmuan terdahulu yang telah diutarakan oleh mereka. Hasil kajian mendapati bahawa setiap gaya bahasa yang terkandung pada dialog Nabi Ibrahim dan Azar mempunyai sebab tersendiri dalam menyampaikan mesej dan ia dapat dibuktikan melalui gaya bahasa seruan (nida’), nazm, gaya bahasa insya’ talabi, gaya bahasa larangan, aspek pengulangan, uslub al-khabar serta mubtada’ dan khabar

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Zulkepli, Muhamad Khairul Anuar
mkaz@uitm.edu.my
Abd Hamid, Mohd Zulkhairi
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and languages
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Study and teaching. Research
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Content analysis (Communication)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus
Event Title: Proceedings of International Conference on Language, Education, Humanities &Social Sciences (i-LEdHS2021)
Event Dates: 22 Febuari 2021
Page Range: pp. 227-233
Keywords: Gaya bahasa, dialog, Nabi Ibrahim, tarbiyah
Date: 22 February 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/44712
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 44712.pdf] Text
44712.pdf

Download (402kB)

ID Number

44712

Indexing

Statistic

Statistic details