Abstract
Kualiti hidup masyarakat dapat ditingkatkan dengan menyediakan skim perumahan yang baik serta prasarana yang mencukupi. Usaha kerajaan dengan sokongan swasta kini telah membuahkan hasil berdasarkan statistik Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) [2] dimana kerajaan telah berjaya menyiapkan 101.7% daripada sasaran manakala swasta pula sebanyak 92.6% daripada sasaran. Pelbagai masalah akan timbul apabila rumah yang telah siap diduduki. Penghuni akan membuat aduan berkaitan kerosakan rumah baru mereka. Justeru kajian telah dilakukan untuk meneliti kewujudan permasalahan ini dari aspek pengurusan dan teknikal pada Pihak Berkuasa Ternpatan (PBT), pemaju dan penghuni rumah. Sebanyak 329 responden telah dipilih di kawasan perumahan kos rendah kawasan Alor Setar dan Sungai Petani, Kedah. Hasil kajian mendapati antara kerosakan yang biasa berlaku bagi rumah yang baru diduduki adalah kerosakan pada lantai, dinding, tingkap, pintu, bumbung, siling dan kaki lima. Pengkaji telah mengemukakan beberapa cadangan kepada pemaju, PBT dan juga penghuni bagi mengurangkan permasalahan ini. Antaranya pemaju perlu menggunakan barangan yang berkualiti, tenaga kerja yang mahir, manakala PBT perlu membuat pemantauan yang berterusan semasa projek pembinaan sedang berjalan. Penghuni dinasihatkan supaya melapor kepada PBT sekiranya pemaju tidak membina rumah mereka mengikut spesifikasi yang ditetapkan
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Yusoff, Mohd Nazaruddin UNSPECIFIED Ismail, Mazlan UNSPECIFIED Md Zan, Zainal UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Industrial productivity > Labor productivity H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Support services H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Project management |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Event Title: | STSS 2004 : Prosiding Seminar Kebangsaan Sains Teknologi & Sains Sosial / Jilid 2 : Sains Sosial |
Event Dates: | 31 Mei – 1 Jun 2004 |
Page Range: | pp. 433-438 |
Keywords: | Pihak Berkuasa Tempatan, Pemaju |
Date: | 2004 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/43648 |