Abstract
Kualiti hidup adalah perubahan dalam masyarakat dan sistem hidup daripada satu keadaan yang dianggap
tidak memuaskan kepada satu keadaan yang lebih baik; ia merangkumi bukan sahaja pembangunan ekonomi,
malahan juga melibatkan pelbagai aspek tertentu yang tidak dapat dipisahkan seperti aspek sosial, psikologi,
kebudayaan, politik dan alam sekitar. Kemajuan sesebuah penempatan boleh diukur berdasarkan kualiti hidup
penduduk yang bertambah baik. Wilayah Iskandar Malaysia merupakan sebuah penempatan yang kian pesat
membangun. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kualiti hidup penduduk dalam Wilayah Iskandar
Malaysia. Skop kajian adalah penduduk di penempatan Felda dalam sempadan Wilayah Iskandar Malaysia.
Penduduk Felda adalah antara penduduk yang menerima impak paling ketara dalam pembangunan Wilayah
Iskandar Malaysia. Pembelajaran terhadap model-model pengukuran kuailiti hidup khususnya model pengukuran kualiti hidup sesebuah penempatan akan diselidik secara teliti bagi menghasilkan sebuah kerangka yang sesuai terhadap pengukuran kualiti hidup penduduk di Wilayah Iskandar Malaysia. Dengan adanya kajian ini, pengukuran kualiti hidup penduduk di wilayah tersebut dapat dilaksanakan; seterusnya dapat mengetahui sama ada pembangunan Iskandar Malaysia memberi kesan yang positif kepada penduduk wilayah tersebut atau sebaliknya. Metodologi kajian adalah berbentuk kaedah tinjauan, iaitu mengedarkan borang soal selidik serta menemubual responden untuk memperolehi data primer. Untuk memperoleh data skunder pula, maklumat akan
diperolehi daripada Unit Perancang Ekonomi 8egeri Johor, Jabatan Perangkaan 8egeri Johor serta jabatanjabatan lain yang berkaitan. Data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan pendekatan kuantitatif. Datadata tersebut dianalisis dengan perisian SPSS seterusnya menganalisis kaedah pengiraan indeks kualiti hidup. Adalah diharapkan kajian ini dapat mengenalpasti semua aspek permasalahan, kehendak dan keperluan penduduk dalam mengharungi era pembangunan Iskandar Malaysia.Satu dasar panduan akan diwujudkan dalam usaha meningkatkan taraf kualiti hidup penduduk di Wilayah Iskandar Malaysia.