Abstract
Pelaburan dalam bidang pertanian amat penting bagi memastikan kemajuan ekonomi dan mengurangkan kadar
kemiskinan terutamanya di luar bandar. Oleh itu, kajian yang dilakukan ke atas pelaburan dalam sektor pertanian ini dapat digunakan bagi menarik minat pelabur dalam melestarikan sektor pertanian negara terutamanya bagi penanaman padi. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kadar pulangan pelaburan tanah pertanian padi yang diterima oleh pemilik tanah dan pemegang pajakan yang mengusahakan tanah pertanian padi. Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang menggunakan data kualitatif dan kuantitatif. Data-data diperolehi daripada borang soal selidik yang diedarkan kepada seluruh populasi seramai161 orang responden yang terdiri daripada pemilik tanah dan pemajak di Daerah Perak Tengah. Sebanyak 22 item soalan dirangka dan data dianalisis menggunakan borang soal selidik. Hasil dipersembahkan dalam bentuk memerihalkan
semula dapatan kajian untuk mendapatkan nilai kadar pulangan pelaburan bagi setiap pegangan. Hasil kajian
menunjukkan kadar pulangan pelaburan yang diperolehi oleh pemajak lebih tinggi daripada pemilik tanah.
Melalui kajian ini, pelabur boleh membandingkan kadar pulangan sektor pertanian padi dengan sektor hartanah yang lain. Malahan kadar pulangan terhadap komoditi pertanian lain seperti kelapa sawit dapat digunapakai menggunakan kaedah pengiraan yang sama bagi membantu pelabur memilih sektor pertanian yang memberikan kadar pulangan yang lebih tinggi.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Ali, Siti Nadiah sitin190@perak.uitm.edu.my Chuweni, Nor Nazihah UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Agriculture H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Agriculture > Agricultural economics H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Agriculture > Agricultural economics > Large farms. Plantations H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Agriculture > Agricultural economics > Large farms. Plantations > Malaysia H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Agricultural industries |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus |
Event Title: | 1st International Conference on Innovation and Technology for Sustainable Built Environment 2012 (ICITSBE 2012) |
Event Dates: | 16-17 April 2012 |
Page Range: | pp. 238-243 |
Keywords: | Pelaburan Pertanian, Kadar Pulangan, Nilai Sewa Pertanian, Nilai Pasaran Padi. |
Date: | 2012 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/43439 |