Abstract
Masalah kekurangan organ bukanlah suatu masalah yang baru malahan kini ia menjadi semakin global. Namun, ramai orang Islam menganggap isu pendermaan organ sebagai terasing, tidak penting dan sesuatu yang menakutkan. Pemahaman samada Islam membenarkan pendermaan organ masih lagi menjadi keraguan. Ini mungkin dipengaruhi oleh pendapat terdahulu yang menyatakan manusia dilarang daripada mencacatkan mana-mana anggota tubuh badan manusia yang masih hidup ataupun yang telah mati. Fuqaha’mutakhir telah mengeluarkan fatwa yang membenarkan pendermaan organ dijalankan untuk faedah orang lain dan dengan syarat ia tidak akan memberi kesan mudarat kepada penderma. Kajian kes ini akan melihat kecenderungan pendermaan organ di kalangan orang Islam di Pusat Sumber Transplan Nasional (PSTN), Hospital Kuala Lumpur. Kerja lapangan ini dibahagikan kepada tiga peringkat, iatu berdasarkan soal selidik ke atas 50 responden Muslim yang dipilih secara rawak oleh PSTN, Hospital Kuala Lumpur, rujukan kepada rekod pendermaan organ dari tahun 1998 hingga 2003, dan temubual bersama pengamal perubatan di PSTN. Berdasarkan metod kajian tersebut, penyelidik akan memperlihatkan senario kecenderungan pemindahan organ dengan beberapa pembolehubah seperti umur, jantina, pendidikan dan pengetahuan mereka mengenai hukum pendermaan organ dalam Islam.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Aziz, Norazlina UNSPECIFIED Awang @ Ali, Muhammad Nizam UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam R Medicine > RD Surgery > Transplantation of organs, tissues, etc. R Medicine > RD Surgery > Transplantation of organs, tissues, etc. > Organs R Medicine > RD Surgery > Transplantation of organs, tissues, etc. > Donation of organs, tissues, etc. R Medicine > RD Surgery > Transplantation of organs, tissues, etc. > Donation of organs, tissues, etc. > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Event Title: | STSS 2004 : Prosiding Seminar Kebangsaan Sains Teknologi & Sains Sosial / Jilid 2 : Sains Sosial |
Event Dates: | 31 Mei – 1 Jun 2004 |
Page Range: | pp. 401-410 |
Keywords: | Orang Islam, Pendermaan organ |
Date: | 2004 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/43212 |