Abstract
Pengkajian menegnai sejarah awal kedatangan Portugis ke perairan Melaka pada asalnya untuk berdagang dan akhirnya menaruh minat untuk memonopoli perdagangan di rantau Timur ini, Menawan Melaka pada tahun 1511 dan dapat menjajah Melaka selama 130 tahun. Sepanjang masa tersebut Melaka telah berubah rupa, serta tiada ketenteraraan lagi di rantau ini. Portugis gagal dalam usahanya untukmemonopoli perdagangan. Segala tindakan yang dibuat bagi menghancurkan semangat-orang Melayu tidak berjaya, penentangan dan serangan demi serangan menghantui Portugis. Namun segala usaha anak negeri Kang Tuah ini tidak dapat menembusi kubu pertahanan Portugis kerana kekurangan kelengkapan, hingga akhirnya Melaka jatuh ke tangan Belanda dan British. Walaupun Portugis telah lama meninggalkan kita namun, kesan-kesan penjajahannya tetap tinggal dan tersergam sebagai satu kenangan pahit manis dilubuk hati penduduk negeri. Terdapat golongan minoriti Portugis di Melaka yang pada mulanya hidup tertekan oleh penjajahan, tetapi kini mereka diberi perhatian sebagai kesan penjajah. Hidup raereka yang berabad-abad tetapi tidak pula dapat diassimilasikan oleh golongan Melayu dan Cina di Melaka. Masa telah mengubah segalanya, Penempatan Portugis ini juga telah menerima sedikit sebanyak pembangunan pesat negeri tersebut. Secara beransur-ansur mereka telah dapat menyesuaikan diri dan keluar dari tampok asal mereka.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Sabri, Massuri UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Mohd Desa, Abdul Ghani UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction N Fine Arts > NA Architecture |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma Senibina |
Date: | 1990 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/432 |
Download
PPd_MASSURI SABRI AP 90_5 P01.pdf
Download (101kB) | Preview