Abstract
Kepesatan pembangunan di Malaysia dianggap satu fenomena positif. -amun, pembukaan kawasan semulajadi
yang menyentuh persekitaran landskap OrangAsli telah banyak mengubah ekologi budaya komuniti tersebut di
negara ini. Kajian ini bertujuan membantu komuniti ini meneruskan tradisi budaya dengan memelihara persekitaran asli mereka dari diancam kepupusan. Di Malaysia, isu berkaitan OrangAsli lebih menjurus kepada
faktor ekonomi mereka berbanding pemeliharaan landskap asal bagi komuniti OrangAsli tersebut. Penempatan
komuniti OrangAsli di negara ini berserakan di pelbagai lokasi antaranya pinggir laut, kawasan tanah tinggi,
pinggir sungai dan kawasan gua. Pelestarian landskap asal komuniti OrangAsli ini sekaligus akan dapat memberi impak yang lebih asli di samping dapat mempromosikan kebudayaan mereka. Tiga kajian rujukan
diambil untuk memahami pelestarian landskap budaya OrangAsli, di mana pendekatan yang digunakan oleh
ketiga-tiga kajian rujukan tersebut lebih menitikberatkan landskap asli untuk melestarikan ekologi budaya
mereka sekaligus mempromosikan sektor pelancongan. Pengekalan landskap asli adalah penting untuk kehidupan harian OrangAsli. Melalui pendekatan mengenalpasti sensitiviti kawasan, pengezonan dan pengekalan sumber, landskap dan budaya orang asli dapat dilestarikan walaupun berhampiran dengan kawasan bandar. Kajian ini dapat dimanfaatkan dalam setiap perancangan pembangunan agar dapat memelihara khazanah dan aset berharga ini untuk generasi akan datang sekaligus meningkatkan aktiviti pelancongan negara.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mt Akhir, Norizan noriz102@perak.uitm.edu.my Ayob, Zulkefle zulke191@perak.uitm.edu.my |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology > Ethnology. Social and cultural anthropology > Indigenous peoples. Threatened societies S Agriculture > SB Plant culture > Landscape gardening. Landscape architecture S Agriculture > SB Plant culture > Landscape gardening. Landscape architecture > Malaysia S Agriculture > SB Plant culture > Landscape architecture S Agriculture > SB Plant culture > Landscape architecture > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus |
Event Title: | 1st International Conference on Innovation and Technology for Sustainable Built Environment 2012 (ICITSBE 2012) |
Event Dates: | 16-17 April 2012 |
Page Range: | pp. 768-773 |
Keywords: | Pelestarian, landskap budaya, OrangAsli. |
Date: | 2012 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/43165 |