Skima warna asal bangunan warisan di Malaysia / Azira Ibrahim, Siti Norlizaiha Harun dan Mohd Zaki Shamsudin

Ibrahim, Azira and Harun, Siti Norlizaiha and Shamsudin, Mohd Zaki (2012) Skima warna asal bangunan warisan di Malaysia / Azira Ibrahim, Siti Norlizaiha Harun dan Mohd Zaki Shamsudin. In: 1st International Conference on Innovation and Technology for Sustainable Built Environment 2012 (ICITSBE 2012), 16-17 April 2012, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak.

Abstract

Pemuliharaan warna asal bangunan bersejarah amatlah penting kerana ia dapat memberi satu bukti yang benar tentang sejarah bangunan. Bangunan bersejarah dapat dilihat pada masa kini dengan visual yang sebenar; bangunan bersejarah yang telah dipulihara akan membawa bersama maksud dan transformasi masa lalu yang amat bermakna melalui warna-warna pada fasad dan elemen bangunan. Warna-warna yang dipilih dan digunakan oleh tukang-tukang atau artisan semasa bangunan bersejarah disiapkan, dapat menceritakan sosio budaya masyarakat dan teknologi ketika itu. Apakah warna yang ada pada 1800? Apakah tren atau kesukaan masyarakat pada 1900? Apakah warna bangunan-bangunan pada era kolonial? Perkara ini menjadi tanda tanya memandangkan bukti dan gambaran sejarah tentang bangunan warisan adalah ‘hitam putih’. Hari ini warna memainkan peranan penting dalam aspek estetik. Warna dapat menjelas dan menonjolkan karektor bahan binaan seperti merah warna genting, kelabu warna dinding batu dan perang warna kayu. Sebagai contoh: putih untuk gereja, merah untuk balai bomba dan pejabat pos dan biru untuk balai polis. Peranan
estetik warna terhadap bangunan bersejarah juga dapat dilihat pada bangunan bersejarah. Sebagai contoh
bangunan Sutan Abdul Samad mendedahkan warna bata merah pada keseluruhan fasad bangunan, menyumbang kepada keunikan karektor bangunan ini. Usaha pemuliharaan bangunan yang melibatkan keseluruhan prinsip asas termasuk skima warna telah menghasilkan suasana rupa bandar yang indah dan harmoni serta menonjolkan tren dan skima warna yang dapat dibezakan warna yang asal (bersejarah) dan yang baru.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ibrahim, Azira
azira152@perak.uitm.edu.my
Harun, Siti Norlizaiha
sitin009@perak.uitm.edu.my
Shamsudin, Mohd Zaki
zaccey74@yahoo.com
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architecture, Colonial
N Fine Arts > NA Architecture > Details and decoration
N Fine Arts > NA Architecture > Architectural decoration
N Fine Arts > NA Architecture > Aesthetics of cities. City planning and beautifying
N Fine Arts > NA Architecture > Aesthetics of cities. City planning and beautifying > Malaysia
N Fine Arts > NA Architecture > Aesthetics of cities. City planning and beautifying > Conservation and restoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus
Event Title: 1st International Conference on Innovation and Technology for Sustainable Built Environment 2012 (ICITSBE 2012)
Event Dates: 16-17 April 2012
Page Range: pp. 745-749
Keywords: Warna, Pemuliharaan, Asal, Warisan.
Date: 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/43160
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 43160.pdf] Text
43160.pdf

Download (410kB)

ID Number

43160

Indexing

Statistic

Statistic details