Kimia dan perubatan dalam tamadun islam zaman Abbasiyyah / Roziah Sidik @ Mat Sidek … [et al.]

Sidik @ Mat Sidek, Roziah and Mat Resad @ Arshad, Izziah Suryani and Mat Zain, Farid and Jamsari, Ezad Azraai (2004) Kimia dan perubatan dalam tamadun islam zaman Abbasiyyah / Roziah Sidik @ Mat Sidek … [et al.]. In: STSS 2004 : Prosiding Seminar Kebangsaan Sains Teknologi & Sains Sosial / Jilid 2 : Sains Sosial, 31 Mei – 1 Jun 2004, Hotel Vistana, Kuantan, Pahang.

Abstract

Tamadun Islam telah memberikan sumbangan yang besar dalam bidang kimia dan perubatan. Kedua-dua bidang ini telah berkembang dengan pesatnya apabila perhatian secara mendalam telah diberikan kepada bidang ini pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyyah. Kertas kerja ini bertujuan untuk memaparkan kecemerlangan bidang kimia dan perubatan dalam tamadun Islam, khususnya pada zaman Abbasiyyah. Paparan dalam bahasa Melayu sebegini perlu, memandangkan kecemerlangan bidang ini jarang sekali diketengahkan. Kajian ini akan menjurus kepada karya-karya yang dihasilkan oleh saintis dalam bidang kimia dan perubatan pada zaman Abbasiyyah. Metod kajian ini ialah kajian perpustakaan dengan menyaring dan menganalisa maklumat daripada sumber-sumber terpilih. Basil kajian mendapati bahawa bidang kimia dan perubatan dalam tamadun Islam pada zaman Abbasiyyah telah berkembang dengan pesat. Ini dibuktikan oleh kemunculan tokoh-tokoh terkemuka seperti Jabir Ibn Hayyan, Abu Yusuf Ibn Ishaq al-Kindi, Hunayn Ibn Ishaq, Thabit Ibn Qurrah, Abu Bakr Muhammad Ibn Zakariyya al-Razi, Abu Ali Husayn Ibn Abd Allah Ibn Sina dan keluarga Bakhtishu’. Tokoh-tokoh ini pula didapati berjaya menghasilkan karya-karya seperti Kitab al-Hawi, Kitab al-Mansuri, al-Qanun fi al-Tibb dan Kitab al-‘Ashr Maqalat fi al-'Ayn.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Sidik @ Mat Sidek, Roziah
UNSPECIFIED
Mat Resad @ Arshad, Izziah Suryani
UNSPECIFIED
Mat Zain, Farid
UNSPECIFIED
Jamsari, Ezad Azraai
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and science
D History General and Old World > DS History of Asia > Islamic civilization
R Medicine > R Medicine (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Event Title: STSS 2004 : Prosiding Seminar Kebangsaan Sains Teknologi & Sains Sosial / Jilid 2 : Sains Sosial
Event Dates: 31 Mei – 1 Jun 2004
Page Range: pp. 337-343
Keywords: Kimia, Perubatan, Saintis, Karya sains dan teknologi, Tamadun Islam, Abbasiyyah
Date: 2004
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/43109
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 43109.pdf] Text
43109.pdf

Download (407kB)

ID Number

43109

Indexing

Statistic

Statistic details