Abstract
Peranan peperiksaan percubaan dan mengetahui kesukaran tajuk-tajuk dalam format kertas peperiksaan merupakan antara perkara-perkara yang dilakukan oleh pelajar sebagai persediaan pada peringkat akhir sebelum mereka menduduki peperiksaan sebenar. Kajian ini dijalankan untuk melihat kepentingan peperiksaan percubaan dan mengenalpasti tajuk-tajuk yang dianggap sukar dari perspektif pelajar. Kajian melibatkan 105 orang pelajar tingkatan 5 dan sebuah sekolah berasrama penult di Terengganu. Responden terdiri daripada pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mengambil matapelajaran elektif matematik tambahan. Data dikutip dengan menggunakan satu soal selidik yang mengandungi tiga bahagian mengikut persoalan kajian. Pengutipan data dilakukan seminggu sebelum pelajar mengharungi peperiksaan SPM. Dapatan menunjukkan peperiksaan percubaan amat penting dalam membantu pelajar menghadapi peperiksaan sebenar walaupun markah peperiksaan percubaan diyakini tidak dapat menggambarkan markah dalam peperiksaan sebenar. Tajuk fungsi trigonometri dipilih oleh 68% pelajar sebagai tajuk yang paling sukar antara tajuk-tajuk dalam matematik tambahan SPM. Kepentingan peperiksaan percubaan dan tajuk-tajuk tumpuan pelajar dibincangkan dalam kertas ini.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Lazim, A.M. UNSPECIFIED Abu Osman, M.T. UNSPECIFIED Wan Salihin, W.A. UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Secondary education. High school teaching > High schools L Education > LB Theory and practice of education > Educational tests and measurements L Education > LB Theory and practice of education > Educational tests and measurements > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Event Title: | STSS 2004 : Prosiding Seminar Kebangsaan Sains Teknologi & Sains Sosial / Jilid 2 : Sains Sosial |
Event Dates: | 31 Mei – 1 Jun 2004 |
Page Range: | pp. 278-283 |
Keywords: | Peperiksaan percubaan, Persediaan peperiksaan, Matematik tambahan, Format peperiksaan |
Date: | 2004 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/43050 |