Dedahan bunyi ketukan bagi kerja – kerja acuan kayu di tapak bina / Nurul Huda Abdul Hadia, Siti Jamiah Tun Jamil dan Wan Nordiana Wan Ali

Abdul Hadia, Nurul Huda and Tun Jamil, Siti Jamiah and Wan Ali, Wan Nordiana (2012) Dedahan bunyi ketukan bagi kerja – kerja acuan kayu di tapak bina / Nurul Huda Abdul Hadia, Siti Jamiah Tun Jamil dan Wan Nordiana Wan Ali. In: 1st International Conference on Innovation and Technology for Sustainable Built Environment 2012 (ICITSBE 2012), 16-17 April 2012, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak.
Abstract

Bunyi dan bising merupakan irama yang mengiringi pergerakan aktiviti dalam industri binaan. Bunyi mahupun
bising adalah hasil aktiviti ketukan apabila ia mengenai medium kayu yang pelbagai jenis saiz kayu penggunaannya di dalam tapak bina. Paras kebisingan yang tinggi boleh memberi kesan kepada pekerja binaan
serta menyebabkan pencemaran bunyi kepada persekitaran. Oleh yang demikian Akta Kilang dan Jentera 1967 diwujudkan sebagai garis panduan pematuhan bunyi bising untuk kesihatan dan keselamatan pekerja. Justeru
itu objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti paras bunyi ketukan bagi kerja-kerja acuan kayu bagi pembinaan tiang dan hubungkait paras bunyi ketukan bagi kerja-kerja acuan kayu dengan paras yang dibenarkan oleh Akta Kilang dan Jentera 1967. Hasil kajian menunjukkan pekerja binaan terdedah kepada paras bunyi bising hasil dari aktiviti kerja ketukan kayu. Sehubungan itu, untuk mengatasi dedahan paras bunyi ketukan yang tinggi, dicadangkan supaya pekerja binaan yang menjalankan kerja ketukan kayu memakai alat perlindungan pendengaran.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 43036.pdf]
Text
43036.pdf
Download (295kB)
Indexing & Metrics