Rangkaian neural dalam peramalan daya pukulan SMESY / Mahani Ahmad Kardri, Lily Marlia Abdul Latif dan Norazam Arbin

Ahmad Kardri, Mahani and Abdul Latif, Lily Marlia and Arbin, Norazam (2012) Rangkaian neural dalam peramalan daya pukulan SMESY / Mahani Ahmad Kardri, Lily Marlia Abdul Latif dan Norazam Arbin. In: 1st International Conference on Innovation and Technology for Sustainable Built Environment 2012 (ICITSBE 2012), 16-17 April 2012, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak.

Abstract

Dewasa ini telah banyak kajian dalam bidang biomekanikal dilakukan dalam usaha memperbaiki mutu sukan dan mempertingkatkan pencapaian sukan sehingga ke peringkat antarabangsa. Sorotan daripada itu, kajian ini
dijalankan bertujuan untuk meramal daya pukulan yang dikenakan dalam persembahan smesy suatu perlawanan badminton dengan menggunakan pendekatan rangkaian neural. Pemain badminton bertaraf dunia dipilih sebagai subjek kajian dan data pecutan linear bulu tangkis pada setiap kerangka pemain dikumpul semasa berlangsungnya sesuatu perlawanan badminton. Fasa persediaan dan keadaan ketika kontak diambil kira sebagai subjek kajian kerana kedua-dua fasa berkenaan memberikan impak yang besar dalam persembahan smesy seseorang pemain badminton itu. Data dianalisis terlebih dahulu menggunakan perisian SPSS dan peramalan daya pukulan tersebut dilakukan menggunakan rangkaian neural dengan perisian MATLAB. Rangkaian neural suap ke hadapan dengan satu aras tersembunyi digunakan bagi tujuan peramalan. Ketepatan ramalan daya pukulan berkenaan dianalisis dengan mengambil kira nilai pekali penentuan, R2 yang tertinggi dan purata ralat perbandingan, MRE yang rendah. Keseluruhan kajian menunjukkan bahawa
rangkaian neural dapat memberikan ramalan yang memuaskan dalam meramal daya pukulan yang diumpukkan oleh seseorang pemain itu semasa smesy dilakukan. Ini dapat membantu dalam menjangka corak permainan pemain tersebut dan seterusnya dapat membantu dalam merancang strategi permainan untuk hasil yang lebih baik.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ahmad Kardri, Mahani
mahan702@perak.uitm.edu.my
Abdul Latif, Lily Marlia
lilym366@perak.uitm.edu.my
Arbin, Norazam
noraz647@perak.uitm.edu.my
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Sports > Ball games: Baseball, football, golf, etc. > Badminton (Game)
G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Sports > Ball games: Baseball, football, golf, etc. > Badminton (Game) > Malaysia
G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Sports > Ball games: Baseball, football, golf, etc.
Q Science > QA Mathematics > Instruments and machines > Electronic Computers. Computer Science > Neural networks (Computer science)
Q Science > QA Mathematics > Instruments and machines > Electronic Computers. Computer Science > Neural networks (Computer science) > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus
Event Title: 1st International Conference on Innovation and Technology for Sustainable Built Environment 2012 (ICITSBE 2012)
Event Dates: 16-17 April 2012
Page Range: pp. 668-674
Keywords: Badminton, Daya, Rangkaian neural, Smesy.
Date: 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/43026
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 43026.pdf] Text
43026.pdf

Download (479kB)

ID Number

43026

Indexing

Statistic

Statistic details