Kepatuhan syariah dalam pelancongan alam semulajadi / Mohd Takiyuddin Ibrahim … [et al.]

Ibrahim, Mohd Takiyuddin and Tengku A Razak, Tengku Maaidah and Ismail (Hj), Huzaimah and Ahmad, Mohd Razlan and Sahroni, Mohamad Norzamani and Mustaffa, Mushtak Ahmad (2020) Kepatuhan syariah dalam pelancongan alam semulajadi / Mohd Takiyuddin Ibrahim … [et al.]. Journal of Contempory Islamic Studies, 6 (2). ISSN ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902
Abstract

Pelancongan alam semulajadi menjadi daya tarikan utama kedatangan pelancong ke Malaysia. Statistik kedatangan pelancongan Muslim ke Malaysia pada tahun 2016 adalah seramai 5,527.142 juta dan pada tahun 2017 seramai 5,384.008 juta orang. Penurunan statistik pelancongan Muslim memberi kesan kepada sektor ekonomi dan pendapatan negara. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti isu dan cabaran dalam Islam terhadap industri pelancongan alam semulajadi yang menyebabkan kemorosotan kedatangan pelancong Muslim. Kaedah kajian ini adalah berbentuk pendekatan kualitatif iaitu menganalisis kajian kepustakaan. Ianya melibatkan pencarian bahan berkaitan alam semulajadi dalam konteks pelancongan dan kaitannya dengan syariah. Hasil kajian mendapati bahawa kepatuhan syariah merupakan elemen penting bagi menjamin alam semula jadi sentiasa terpelihara keasliannya. Antara elemen kepatuhan syariah ialah penjagaan kebersihan, pembuangan sampah yang betul, penerokaan hutan secara terkawal, tiada pembakaran terbuka dan tiada penangkapan ikan secara yang tidak terkawal.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 42982.pdf]
Text
42982.pdf
Download (478kB)
Indexing & Metrics