Analisis isu gender berdasarkan al-Quran bagi menangkis tuntutan persamaan hak antara lelaki dan wanita / Baterah Alias … [et al.]

Alias, Baterah and Yakob, Mohd Asmadi and Saidon, Rafeah and Lahuri, Mukhammad Syamsul Huda (2020) Analisis isu gender berdasarkan al-Quran bagi menangkis tuntutan persamaan hak antara lelaki dan wanita / Baterah Alias … [et al.]. Journal of Contempory Islamic Studies, 6 (2). ISSN ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902

Official URL: https://jcis.uitm.edu.my

Abstract

Isu gender merupakan satu topik yang sering dikaitkan dengan wanita. Gerakan feminisme barat menuntut hak kesamarataan antara lelaki dan wanita. Doktrin ini telah mempengaruhi pemikiran masyarakat Islam sehingga menuntut hak persamaan dalam hukum syara’ antara lelaki dan wanita. Perbezaan hukum syara’ dianggap tidak adil dan mewujudkan diskriminasi antara hak lelaki dan wanita sebagaimana yang didakwa oleh golongan feminisme. Beberapa petikan ayat al-Quran dikemukakan bagi menangkis tuntutan golongan feminisme dalam menuntut hak persamaan antara lelaki dan wanita. Permasalahan kajian ialah golongan feminism telah meracuni pemikiran umat Islam dengan mengemukakan tuntutan supaya diberikan hak sama rata antara lelaki dan wanita dalam semua aspek kehidupan. Kajian ini mengunakan kaedah kualitatif dan data diperolehi berdasarkan kajian perpustakaan. Hasil kajian mendapati terdapat kekeliruan dalam memahami ayat al-Quran berkaitan isu gender sehingga mengakibatkan salah faham masyarakat dengan meletakkan akal fikiran menjangkaui batasan syarak. Al-Quran telah memberikan garis paduan yang jelas berkaitan dengan gender dari segi asal usul wanita, kepimpinan dan pewarisan harta pusaka yang selayaknya diterima oleh wanita. Walaupun pada pandangan umum masyarakat, wanita berupaya berperanan dalam rumah tangga dari segi ekonomi dan menjamin kestabilan sosial tetapi hukum syarak perlu ditegakkan bagi melestari kelangsungan insan. Kesimpulannya, al-Quran perlu dijadikan panduan dalam menilai sesuatu hukum yang berkaitan dengan gender supaya tuntutan persamaan hak antara lelaki dan wanita sewajarnya mengikut tuntutan syarak dan mengelakkan umat Islam terpengaruh dengan pemikiran feminisme barat.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Alias, Baterah
UNSPECIFIED
Yakob, Mohd Asmadi
UNSPECIFIED
Saidon, Rafeah
UNSPECIFIED
Lahuri, Mukhammad Syamsul Huda
syamsulhudauitm@gmail.com
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Journal of Contempory Islamic Studies
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS)
ISSN: ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902
Volume: 6
Number: 2
Keywords: Gender, Feminisme, Persamaan hak, Tuntutan, Al-Quran
Date: 2020
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42975
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 42975.pdf] Text
42975.pdf

Download (788kB)

ID Number

42975

Indexing

Statistic

Statistic details