Abstract
Aspek Pendidikan amat ditekankan dalam ajaran Islam. Pendidikan yang berkualiti dan menepati kaca mata Islam akan membentuk sahsiah Muslim yang beriman serta cemerlang dunia dan akhirat. Dalam konteks yang lebih menyeluruh, penubuhan universiti sebagai medan ilmu yang lebih bersistematik telah lama dipraktikkan di negara umat Islam, khususnya dengan kewujudan Universiti Al-Azhar yang merupakan universiti tertua di dunia. Namun, apakah penubuhan universiti-universiti di negara umat Islam kini memenuhi keperluan umat Islam itu sendiri sekaligus menepati ciri-ciri ketamadunan Islam. Artikel ini berhasrat mencungkil idea-idea pendidikan seorang pemikir Islam di akhir pemerintahan kerajaan Turki Uthmani, iaitu Syeikh Badiuzzaman Said Nursi yang dianggap tokoh yang telah menemukan ilmu agama dan ilmu sains dalam kerangka yang satu berdasarkan model Madrasah al-Zahra’. Kajian ini adalah kajian perpustakaan dan analisisnya pula berdasarkan kerangka analisis dokumen. Kajian ini mendapati bahawa idea penubuhan Universiti Islam Madrasah al-Zahra’ oleh Syeikh Badiuzzaman Said Nursi amat selari dengan tuntutan agama, memenuhi keperluan umat Islam serta mengembalikan kekuatan umat Islam dalam mendepani penjajahan kuasa Barat pada ketika itu.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ayub, Mohd Nasir mnasir251@uitm.edu.my Mat Hassan, Surita Hartini UNSPECIFIED Yakob, Mohd Asmadi UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Mosques. Monasteries B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Mosques as community centers |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Journal or Publication Title: | Journal of Contempory Islamic Studies |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS) |
ISSN: | ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902 |
Volume: | 6 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 111-132 |
Keywords: | Madrasah al-Zahra’, Said Nursi, Universiti Islam, Kerajaan Turki Uthmani |
Date: | 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42958 |