Unsur-unsur syiah dalam kesusasteraan Melayu tradisional / Mohd Akmal Sidik ... [et al.]

Sidik, Mohd Akmal and Towpek, Hadenan and Wan Yon, Wan Ariffin (2016) Unsur-unsur syiah dalam kesusasteraan Melayu tradisional / Mohd Akmal Sidik ... [et al.]. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Fahaman Syiah dan kaitannya dengan sejarah penyebaran Islam di Kepulauan Melayu telah lama menjadi bahan kajian oleh sejarawan tempatan dan antarabangsa. Ini kerana para sejarawan tidak bersepakat dalarn menentukan fahaman apa yang paling awal dianuti oleh masyarakat Islam di Kepulauan Melayu, sama ada fahaman Syiah atau Sunni. Teori Syiah sebagai fahaman terawal dikemukakan berdasarkan bukti-bukti yang menunjukkan kehadiran penganut Syiah di Perlak pada tahun 800 M dan menubuhkan dinasti 'Aziziyyah berfahaman Syiah di Perlak pada tahun 888 M. Teori ini dibantah oleh pengkaji seperti Azyumardi Azra dan Hamka berikutan tiada bukti yang kukuh tentang kewujudan dinasti 'Aziziyyah tersebut di samping terdapat kesamaran tentang riwayat kehadiran penganut Syiah di Perlak pada tahun 800 M tersebut. Manakala teori kedua, iaitu fahaman Sunni merupakan fahaman terawal yang dianuti oleh umat Islam di Kepulauan Melayu Bagi merungkaikan persoalan di atas, penelitian terperinci ke atas manuskripmanuskrip Kesusateraan Melayu Tradisional mesti dilakukan. Ini kerana manuskrip Kesusateraan Melayu Tradisional merupakan bukti yang terselamat dan boleh digunakan bagi menggambarkan situasi sebenar pada zaman ia ditulis. Sekiranya terdapat unsur-unsur Syiah dalam manuskrip-manuskrip Kesusateraan Melayu Tradisional, maka terdapat kernungkinan bahawa Syiah menjadi anutan masyarakat Islam pada zaman tersebut. Penelitian yang dilakukan tersebut mestilah dimulakan dengan memberi penjelasan yang jelas tentang unsur-unsur Syiah

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Sidik, Mohd Akmal
UNSPECIFIED
Towpek, Hadenan
UNSPECIFIED
Wan Yon, Wan Ariffin
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic literature. Islam and literature
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Research Management Institute (RMI)
Keywords: Fahaman Syiah , sejarah islam, Kepulauan Melayu
Date: June 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42873
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 42873.pdf] Text
42873.pdf

Download (2MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

42873

Indexing

Statistic

Statistic details