Abstract
Saiz kosa kata ialah kuantiti kosa kata yang dimiliki oleh seseorang yang menuturkan sesuatu bahasa. Penguasaan saiz kosa kata amat berkait rapat dengan penguasaan bahasa. Nation (2001) & Laufer (1989) mengesyorkan, pelajar bahasa perlu menguasai sekurang-kurangnya 2000-3000 patah perkataan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti saiz kosa kata bahasa Arab pelajar UiTM dari dua aspek iaitu reseptif dan produktif. Sampel kajian ini terdiri daripada 127 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab Komunikasi Professional UiTM daripada semester 1 hingga 5. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan Instrumen yang digunakan adalah Ujian Tahap Kosa Kata Bahasa Arab (aVLT) dan Ujian Tahap Produktif (PVLT). Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS V20.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa saiz kosa kata reseptif bahasa Arab pelajar berada di paras bawah tahap yang disyorkan iaitu 1885 patah perkataan. Manakala bagi saiz kosa kata produktif pula hanya 1655 patah perkataan yang dikuasai. Kajian ini mencadangkan agar pelajar lebih memberi penekanan kepada kosa kata berfrekuensi tinggi agar ia dapat diap-likasikan dengan lebih berkesan. Tenaga pengajar juga disarankan agar mempelbagaikan strategi pengajaran dan pem-belajaran kosa kata terhadap pelajar serta memaksimakan teknologi pengajaran terkini agar dapat menarik minat pela-jar untuk menguasai kosa kata.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Husaini, Nurain Syafina syafinahusaini@gmail.com Mohamad, Norhayuza norha571@uitm.edu.my |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language. Linguistic theory. Comparative grammar P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and languages |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Language Studies |
Journal or Publication Title: | International Journal of Modern Languages and Applied Linguistics (IJMAL) |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > International Journal of Modern Language and Applied Linguistics (IJMAL) |
ISSN: | 2600-7266 |
Volume: | 4 |
Number: | 2 |
Page Range: | pp. 38-62 |
Keywords: | Saiz kosa kata, kosa kata Arab, ujian kosa kata bahasa Arab |
Date: | June 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42794 |