Kaedah promosi hartanah yang efektif. kajian kes : perumahan di Bandaraya Ipoh, Perak / Noryanto Asroun Mohamad Asroun ... [et al.]

Mohamad Asroun, Noryanto Asroun and Mustaffa, Mohd Fadzli and Abdul Ghani, Rohaya and Ismail, Noor Halil (2012) Kaedah promosi hartanah yang efektif. kajian kes : perumahan di Bandaraya Ipoh, Perak / Noryanto Asroun Mohamad Asroun ... [et al.]. In: 1st International Conference on Innovation and Technology for Sustainable Built Environment 2012 (ICITSBE 2012), 16-17 April 2012, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak.

Abstract

Kegunaan saluran promosi untuk memasarkan hartanah kediaman adalah semakin meluas di Malaysia. Disamping kelebihan strategi pemasar hartanah, keberkesanan promosi hartanah turut bergantung kepada medium pilihan pembeli. Kajian ini diadakan dengan objektif untuk mengenalpasti kaedah promosi yang paling efektif dari perspektif pemasar hartanah dan pembeli dan mencadangkan campuran promosi yang perlu
diberikan perhatian oleh pemasar hartanah khususnya di kawasan kajian. Data yang diperolehi melalui dua set borang soal selidik telah disusun dan dianalisa dengan membuat perbandingan skor mean. Hasil penemuan kajian menunjukkan bahawa kaedah pengiklanan dalam surat khabar/majalah merupakan kaedah promosi yang paling efektif pada masa sekarang dan bagi masa akan datang, promosi melalui internet/laman web bakal
menjadi kaedah pilihan pada masa akan datang. Penemuan kajian juga menunjukkan kombinasi kaedah-kaedah seperti pengiklanan dalam surat khabar/majalah, rumah contoh/model rumah dan internet/laman web sesuai untuk digunakan pada masa sekarang. Pada masa akan datang pemasar hartanah seharusnya menentukan kombinasi kaedah internet/laman web, pengiklanan dalam surat khabar/majalah, papan tanda dan rumah
contoh/model rumah. Penemuan-penemuan kajian ini boleh digunakan sebagai data asas dan panduan kepada pemaju dan ejen hartanah dalam memasarkan produk-produk kediaman mereka.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamad Asroun, Noryanto Asroun
norya069@perak.uitm.edu.my
Mustaffa, Mohd Fadzli
UNSPECIFIED
Abdul Ghani, Rohaya
UNSPECIFIED
Ismail, Noor Halil
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction > Estimates. Measurements. Quantities and cost
T Technology > TH Building construction > House construction
T Technology > TH Building construction > House construction > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus
Event Title: 1st International Conference on Innovation and Technology for Sustainable Built Environment 2012 (ICITSBE 2012)
Event Dates: 16-17 April 2012
Page Range: pp. 348-353
Keywords: Kaedah Promosi, Hartanah Kediaman, Pembeli, Pemasar Hartanah.
Date: 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42756
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 42756.pdf] Text
42756.pdf

Download (367kB)

ID Number

42756

Indexing

Statistic

Statistic details