Abstract
Ilmu Matematik dan astronomi merupakan dua cabang ilmu yang berkembang pesat pada zaman ‘Abbasiyyah. Perkembangan ini diwarnai dengan kemunculan ramai sarjana Islam yang menghasilkan karya dalam jumlah yang banyak. Kajian ini bertujuan memaparkan sejauh mana perkembangan penulisan ilmu matematik dan astronomi berlaku sepanjang era yang dikaji. Kajian ini juga cuba mengetengahkan sarjana-sarjana Islam dalam kedua-dua bidang tersebut untuk memasyarakatkan peranan dan sumbangan mereka dalam perkembangan ilmu-ilmu tersebut. Metode kajian adalah berasaskan penyaringan dan penganalisaan maklumat daripada sumber-sumber bertulis. Hasil kajian mendapati bahawa kemuncak perkembangan penulisan berlaku pada abad ke-9 dan 10M dengan kelahiran tokoh-tokoh seperti al-Khawarizmi, al-Kindi, al-Buzjani, al-Khayyarr dan al-Tusi. Masing-masing bukan sekadar menghasilkan sebuah karya sahaja dan kajian mereka ternyata melahirkan penemuan baru yang memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan ilmu matematik dan astronomi seterusnya.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mat Resad @ Arshad, Izziah Suryani izziahf&jpkrisc.cc.ukm.my Sidik @ Mat Sidek, Roziah UNSPECIFIED Jamsari, Ezad Azraai UNSPECIFIED Mat Zin, Farid UNSPECIFIED |
Subjects: | Q Science > QA Mathematics Q Science > QA Mathematics > Algebra Q Science > QB Astronomy |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Event Title: | STSS 2004 : Prosiding Seminar Kebangsaan Sains Teknologi & Sains Sosial / Jilid 2 : Sains Sosial |
Event Dates: | 31 Mei – 1 Jun 2004 |
Page Range: | pp. 114-120 |
Keywords: | Matematik, Astronomi, Algebra, Geometri, Al-Khawarizmi, Al-Tusi |
Date: | 2004 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42699 |