Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap dan faktor-faktor yang menyebabkan stres di kalangan guru sekolah-sekolah menengah. Seramai 400 orang guru dari 16 buah sekolah menengah di empat buah negeri yang dipilih secara kelompok atas kelompok yang terdiri daripada soal selidik lebihan kerja, hubungan interpersonal dan persekitaran kerja (Adminstrative Stress Indeks -ASI) dan soal selidik ketandusan emosi, depersonalisasi dan kejayaan diri (General Health Questionnaire -GHQ). Darjah kebolehpercayaan (alfa croncbach) bagi kedua-dua instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah 0.7514 dan 0.8827. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan antara faktor-faktor stres di kalangan guru lelaki dan perempuan di sekolah menengah. Para guru menyatakan bahawa tahap stres guru secara keseluruhannya berada pada tahap yang sederhana. Faktor kejayaan diri merupakan faktor yang paling mempengaruhi stres guru. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor-faktor stres dengan umur, bilangan anak dan pengalaman seseorang guru, tetapi didapati faktor kejayaan diri terdapat hubungan dengan pengalaman.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Yahaya, Noordin UNSPECIFIED Jaalam, Saini UNSPECIFIED Yahaya, Azizi UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > School administration and organization > Teachers. Teaching personnel L Education > LB Theory and practice of education > School administration and organization > Teachers. Teaching personnel > Psychology > Job stress. Teacher burnout |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus |
Keywords: | Stres; Dimensi stres; Tahap stres; stres guru |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42629 |
Download
42629.pdf
Download (2MB)