Abstract
Sistem pengurusan dan mekanisme aplikasi institusi zakat adalah berteraskan nas al-Quran ayat 60 Surah al-Tawbah yang menjelaskan dua operasi utama zakat iaitu kutipan dan agihan. Justeru itu, penulisan ini cuba menyingkap keberkesanan agihan zakat kepada asnaf fi sabilillah yang diamalkan di negara ini. Kajian di dalam lima bab ini membentangkan takrifan asnaf fi sabilillah di era awal Islam secara komperatif dengan takrifan sebenar yang di guna-pakai oleh Majlis Agama Islam Negeri-negeri seluruh Malaysia. Begitu juga terhadap sistem agihan zakat bagi mencari kewajaran yang lebih tepat dengan matlamat pensyariatan zakat. Untuk itu, kajian ini mendapat data dan maklumat daripada agensi pelaksana zakat di seluruh negara melalui pelbagai metode merangkumi kaji selidik, dialog, perbincangan, temuduga, seminar dan kajian perpustakaan. Selain itu, kajian juga memperolehi pandangan dan pendapat daripada para sarjana dan pakar-pakar dalam dan luar negara khususnya mengenai takrifan asnaf fi sabilillah dalam konteks setempat dan semasa. Keberkesanan sistem agihan khususnya melibatkan asnaf fi sabilillah turut dinilai bagi menjamin pembelaan terhadap hak golongan fakir dan miskin yang menjadi teras agihan zakat. Aspek-aspek kelemahan dan kekurangan turut dikenalpasti untuk diperbaiki. Kajian ini juga membincangkan kesan-kesan perbincangan ilmiah, seminar dan forum dalam pelbagai isu zakat terhadap kesedaran berzakat serta menyarankan anjakan paradigma yang menyeluruh secara serius bagi penambah baikan sistem dan aplikasi pengurusan zakat di Malaysia khususnya melibatkan agihan kepada asnaf fi sabilillah.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zahlan, Mohammad Sulaiman UNSPECIFIED Zamzuri, Zainal Fikri UNSPECIFIED Mahmud, Wahairi UNSPECIFIED Md Isa, Mohd Fauzi UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Alms (Zakat) B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Alms (Zakat) > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus |
Keywords: | Zakat; Asnaf; Fakir; Miskin; Malaysia |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42607 |
Download
42607.pdf
Download (2MB)