Abstract
Kesihatan dan kecergasan diri merupakan dua faktor penting yang mesti ada pada setiap warga kerja di sesebuah organisasi bagi menjamin kualiti produktiviti. Justeru kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap keprihatinan kakitangan di Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang (UiTMPP) mengenai kesihatan dan kecergasan diri. Keprihatinan kakitangan di UiTMPP terhadap kesihatan dan kecergasan diri dinilai dari segi amalan aktiviti senaman dan kecergasan fizikal sebagai rutin, pemakanan sihat serta amalan merokok. Maklumbalas daripada 363 orang responden dari pelbagai peringkat umur dan bidang tugas mendapati bahawa 115 orang (31.7%) responden dapat dikategorikan sebagai staf yang amat prihatin dengan kesihatan diri, 150 orang (41.3%) prihatin manakala 80 orang (22%) tidak prihatin terhadap kesihatan dan kecergasan diri kerana mengabaikan aktiviti kecergasan serta tidak mengamalkan corak pemakanan sihat. Sementara itu kesedaran mengenai bahaya merokok masih belum dihayati sepenuhnya di mana 51 orang daripada 88 orang responden yang pernah merokok masih terus dengan amalan merokok. Mengenai jisim indeks badan (BMI) yang sering dijadikan petunjuk awal bagi kesihatan individu, kajian mendapati 45.2 % responden tidak memahami kegunaan nilai BMI. Berdasarkan dapatan kajian, 56.5 % kakitangan UiTMPP mempunyai berat badan yang ideal manakala selebihnya, 32.1 % mempunyai berat badan yang berlebih dan ada yang mencapai obesiti.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Wan Kamaruddin, Wan Zarina UNSPECIFIED Hasbullah, Sofwan UNSPECIFIED Shamsuddin, Maisurah UNSPECIFIED |
Subjects: | R Medicine > R Medicine (General) > Medical education. Medical schools. Research R Medicine > R Medicine (General) > Medical education. Medical schools. Research > Statistical methods R Medicine > RA Public aspects of medicine > Health behavior and habits R Medicine > RA Public aspects of medicine > Health behavior and habits > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Keywords: | Kesihatan, Obesiti, Pemakanan Sihat |
Date: | June 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42371 |
Download
42371.PDF
Download (82kB)