Sulaiman, Siti Noraini and Abd Rahman, Mohamad Faizal and Hussain, Zakaria (2007) Pengenalpastian kehadiran tumor di dalam imej mammogram payudara menggunakan algoritma-algoritma pemprosesan imej (Identification of tumor existance in mammogram image using image processing algorithm) / Siti Noraini Sulaiman, Mohamad Faizal Abd Rahman and Zakaria Hussain. [Research Reports] (Unpublished)
Abstract
Satu sistem pemprosesan imej pintar berasaskan kaedah pemadanan templat telah dicadangkan untuk dibangunkan untuk digunakan bagi mengesan dan menentukan nilai kesimetrian mammogram barah payudara. Satu algoritma pemadanan templat yang baru menggunakan kaedah “cross-correlation" telah diimplemen dalam penyelidikan ini. Algoritma ‘Cross-Corrilation’ telah memberikan keputusan yang baik dan amat berkesan kepada imej- imej dua dimensi. Atas sebab itu, dalam penyelidikan ini, kami membangunkan satu algoritma pemadanan templat yang akan digunakan khusus untuk mengkaji ciri-ciri kesimetrian dalam imej paras kelabu mammogram barah payudara. Algoritma ini adalah untuk mengira keserupaan imej di mana tiga ciri telah digunakan iaitu 1) nilai purata piksel; 2) nilai sisihan piawai piksel yang diberikan oleh imej sampel; dan 3) kofisyen korilasi piawai yang didefinasikan oleh peratusan padanan dari imej sampel. Metod ini telah memberikan keputusan yang baik dan boleh dipercayai: lebih daripada 80% peratusan padanan. Ini menunjukkan yang teknik terbaru ini telah memperbaiki prestasi sistem diagnosis berasakan komputer untuk mengesan barah payudara dalam imej mammogram dengan lebih berkesan
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Sulaiman, Siti Noraini UNSPECIFIED Abd Rahman, Mohamad Faizal UNSPECIFIED Hussain, Zakaria UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TA Engineering. Civil engineering > Applied optics. Photonics T Technology > TA Engineering. Civil engineering > Applied optics. Photonics > Optical data processing T Technology > TA Engineering. Civil engineering > Applied optics. Photonics > Optical data processing > Image processing |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Keywords: | Pemprosesan Imej, Barah Payudara, Imej Mammogram |
Date: | July 2007 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42363 |
Download
![[thumbnail of 42363.pdf]](https://ir.uitm.edu.my/style/images/fileicons/text.png)
42363.pdf
Download (211kB)
Fulltext
- Bilik Koleksi Akses Terhad PTAR | Kampus Permatang Pauh, Pulau Pinang
ID Number
42363
Indexing

