Kajian hadith melampau bagi bab ganjaran dan hukuman dalam kitab Ihya' Ulum Al-din / Husnul Rita Aris, Nor Azlina Abd. Wahab dan Adhanawati Abdul Rapa

Aris, Husnul Rita and Abd. Wahab, Nor Azlina and Abdul Rapa, Adhanawati (2013) Kajian hadith melampau bagi bab ganjaran dan hukuman dalam kitab Ihya' Ulum Al-din / Husnul Rita Aris, Nor Azlina Abd. Wahab dan Adhanawati Abdul Rapa. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Kitab Ihya' Ulum al-Din yang ditulis oleh Imam AI-Ghazali merupakan kitab masyhur dalam kalangan umat Islam pada hari ini Kebanyakan surau atau masjid di Malaysia sering menjadikan kitab Ihya' ini sebagai rujukan utama dalam pengajaran ilmu-ilmu agama. Justeru itu, kajian ini mengkaji dan menganalisa hadith-hadith melampau (almujazaJah) dalam pemberian ganjaran kepada amalan yang kecil dan hukuman terhadap kesalahan yang kecil sebagaimana terdapat dalam kitab Ihya'. Beberapa kriteria cuba dikenalpasti bagi mengukur keadaan hadith melampau (al-mujazaJah), pengetahuan tentang nilai hadith tersebut yang terdapat dalam kitab Ihya' dan sejauh mana ia berkait dengan hadith palsu (maudhu '). Kajian ini juga mengenalpasti sebab-sebab berlakunya pemalsuan hadith tersebut dalam silsilah periwayat hadith (sanad) dan lafaznya (matan). Metod kajian yang digunakan adalah induktif, analisis dan kritikan. Peringkat permulaannya, hadith-hadith melampau (al-mujazaJah) ini akan dikenalpasti dalam kitab Ihya ' dan ditakhrijkannya bersumberkan kepada kitab-kitab asli hadith yang premier dan sekunder dan kemudiannya menggunakan kaedah analisa dan kritikan terhadap sanad dan matan hadith tersebut. Hasil daripada kajian tersebut mendapati bahawa kebanyakan hadith melampau (al-mujazaJah) dihukum tiada asal-usulnya (/a aslu laha), palsu (mawdhu'), dhaif yang bersangatan tda'ifah d'afan syadidan) dan daif yang ringan ida'ifah d'afan khafiJan). Kajian ini juga menemui hasil terpenting iaitu hadith-hadith melampau yang palsu dan batil ini tiada asal usul silsilahnya dalam hadith Rasulullah yang sebenarnya dan ini menyebabkan salah faham terhadap pengukuran perbuatan manusia sarma ada dari segi ganjaran atau hukuman yang tidak sepatutnya serta memberi impak buruk terhadap fahaman muslim yang sebenarnya. Antara sebab-sebab hadith melampau (al-mujazaJah) yang palsu ini dicipta adalah untuk mendorong manusia cenderung melakukan perbuatan baik bagi mendekati Allah dan menakutkan manusia agar menjauhi perbuatan jahat yang dilarang. Oleh itu, adalah penting bagi umat Islam mengetahui darjat hadith tersebut sebelum berpegang dan beramal dengannya dalam kehidupan seharian.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Aris, Husnul Rita
UNSPECIFIED
Abd. Wahab, Nor Azlina
UNSPECIFIED
Abdul Rapa, Adhanawati
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Sacred books > Hadith literature. Traditions. Sunna
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus
Keywords: Kajian hadith; Kitab Ihya' Ulum Al-din; Ganjaran; Hukuman
Date: 2013
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42193
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 42193.pdf] Text
42193.pdf

Download (7MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

42193

Indexing

Statistic

Statistic details