Majalah humor gila-gila'. Perkembangan gaya dan tema kartun (1978-2008) / Muliyadi Mahamood

Mahamood, Muliyadi (2010) Majalah humor gila-gila'. Perkembangan gaya dan tema kartun (1978-2008) / Muliyadi Mahamood. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Tarikh 1 April 1978 merupakan suatu detik bersejarah dalam dunia penerbitan kartun tempatan, kerana pada tanggal tersebut lahirlah majalah Gila-Gila, majalah ikonik bagi genre humor dan kartun berbahasa Melayu di negara ini. Sejak kelahirannya, Gila-Gila telah melakar pelbagai sejarah penting dalam landskap perkembangan seni lukis kartun dan penerbitan tanah air dengan menjadi perintis, pencetus, penggalak, trendsetter, melahirkan ramai tokoh dan kartunis baru, dan yang lebih penting mengangkat martabat dan kedudukan seni lukis kartun dan komik secara umumnya. Melewati pelbagai cabaran dunia penerbitan, persaingan, perkembangan sosiobudaya, politik, ekonomi dan pembangunan teknologi, majalah ini kekal bertahan sehingga ke hari ini dengan terus menjadi cerminan identiti kemalaysiaan dan kemelayuan dalam kartun tempatan. Digerakkan pada awal kelahirannya oleh tokoh-tokoh penting seperti Jaafar Taib, Azman Yusof, Zainal Buang Hussein, dan Mishar, kejayaan Gila-Gila pada era awal itu dapat diukur menerusi sambutan hebat masyarakat yang di luar jangkaan mereka.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mahamood, Muliyadi
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration > Caricature. Pictorial humor and satire
N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration > Study and teaching
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Research Management Centre (RMC)
Keywords: Kartun, humor, Gila-Gila
Date: 2010
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42145
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 42145.pdf] Text
42145.pdf

Download (376kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

42145

Indexing

Statistic

Statistic details