Abstract
Industri penerbangan tidak terkecuali menjadi penyumbang kepada masalah alam sekitar terutamanya perubahan iklim. Sehubungan itu, perkhidmatan penerbangan hijau atau green airlines services telah diwujudkan sebagai satu inisiatif baharu oleh syarikat penerbangan bagi meminimakan kesan terhadap alam sekitar melalui penawaran perkhidmatan yang lebih mesra alam seperti meminimakan penggunaan plastik dalam pesawat. Mengambil kira pembangunan dan perkembangan penerbangan hijau, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap pengetahuan, tahap penerimaan dan kekangan pengguna perkhidmatan penerbangan di Malaysia. Hasil tinjauan terhadap 242 orang responden mendapati bahawa tahap pengetahuan, tahap penerimaan dan kekangan pengguna terhadap perkhidmatan penerbangan hijau di Malaysia adalah pada tahap sederhana sejajar dengan perkembangan perkhidmatan sedemikian yang agak perlahan di negara ini berbanding negara barat. Kajian ini dapat memberi panduan kepada pemain industri penerbangan di Malaysia untuk menjadikan industri ini lebih mesra alam.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Haran, Muhammad Faizal Nazmi UNSPECIFIED Mohamad Saleh, Mohamad Saifudin saifudinsaleh@usm.my |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Forums (Discussion and debate) P Language and Literature > PN Literature (General) > Journalism. The periodical press, etc. Press |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Communication and Media Studies |
Journal or Publication Title: | Forum Komunikasi (FK) |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Forum Komunikasi (FK) |
ISSN: | 0128-2379 |
Volume: | 15 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 92-114 |
Keywords: | Malaysia, Perkhidmatan Penerbangan Hijau, Pengetahuan |
Date: | 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42143 |