Strategi komunikasi dengan gelandangan semasa pandemik COVID-19: pengalaman sukarelawan sepanjang fasa Perintah kawalan pergerakan di Malaysia / Mohd Alif Jasni, Norruzeyati Mohd Che Nasir and Mohd Nazri Ibrahim.

Jasni, Mohd Alif and Mohd Che Nasir, Norruzeyati and Ibrahim, Mohd Nazri (2020) Strategi komunikasi dengan gelandangan semasa pandemik COVID-19: pengalaman sukarelawan sepanjang fasa Perintah kawalan pergerakan di Malaysia / Mohd Alif Jasni, Norruzeyati Mohd Che Nasir and Mohd Nazri Ibrahim. Forum Komunikasi (FK), 15 (1). pp. 57-91. ISSN 0128-2379

Abstract

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di Malaysia selama tiga fasa dari 18 Mac 2020 hingga 31 Ogos 2020 berikutan wabak COVID-19 telah memberi kesan besar kepada rakyat Malaysia termasuk gelandangan. Bagi membantu usaha pemerintah, sukarelawan dari pelbagai organisasi sukarela juga turun ke padang menolong para gelandangan dari segi penyediaan tempat tinggal sementara dan pengedaran makanan, pakaian dan keperluan asas. Kajian kualitatif ini dilakukan untuk mengenal pasti strategi komunikasi yang digunakan oleh sukarelawan dalam mendekati dan membantu para gelandangan. Di samping itu, kajian ini memperlihatkan faedah menggunakan strategi komunikasi yang berkesan oleh sukarelawan pada masa krisis, terutama dalam pergerakan fizikal dan interaksi sosial yang terhad semasa pandemik. Kaedah temu bual berstruktur untuk sukarelawan yang berkhidmat dalam organisasi sukarela di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur digunakan untuk mengumpul data. Hasil kajian menunjukkan bahawa sukarelawan menggunakan strategi komunikasi melalui pendekatan ramah, menggunakan bahasa yang sesuai, menggunakan komunikasi bukan lisan yang sesuai, dan menghindari penggunaan kata-kata penghakiman dengan para gelandangan. Oleh itu, strategi komunikasi telah membina kepercayaan, mengeratkan persahabatan dan memudahkan interaksi dengan para gelandangan.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Jasni, Mohd Alif
alevmikail@gmail.com
Mohd Che Nasir, Norruzeyati
UNSPECIFIED
Ibrahim, Mohd Nazri
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Journalism. The periodical press, etc. Press
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Communication and Media Studies
Journal or Publication Title: Forum Komunikasi (FK)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Forum Komunikasi (FK)
ISSN: 0128-2379
Volume: 15
Number: 1
Page Range: pp. 57-91
Keywords: Perintah Kawalan Pergerakan, Sukarelawan, Gelandangan
Date: 2020
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42139
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 42139.pdf] Text
42139.pdf

Download (373kB)

ID Number

42139

Indexing

Statistic

Statistic details