Abstract
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di Malaysia selama tiga fasa dari 18 Mac 2020 hingga 31 Ogos 2020 berikutan wabak COVID-19 telah memberi kesan besar kepada rakyat Malaysia termasuk gelandangan. Bagi membantu usaha pemerintah, sukarelawan dari pelbagai organisasi sukarela juga turun ke padang menolong para gelandangan dari segi penyediaan tempat tinggal sementara dan pengedaran makanan, pakaian dan keperluan asas. Kajian kualitatif ini dilakukan untuk mengenal pasti strategi komunikasi yang digunakan oleh sukarelawan dalam mendekati dan membantu para gelandangan. Di samping itu, kajian ini memperlihatkan faedah menggunakan strategi komunikasi yang berkesan oleh sukarelawan pada masa krisis, terutama dalam pergerakan fizikal dan interaksi sosial yang terhad semasa pandemik. Kaedah temu bual berstruktur untuk sukarelawan yang berkhidmat dalam organisasi sukarela di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur digunakan untuk mengumpul data. Hasil kajian menunjukkan bahawa sukarelawan menggunakan strategi komunikasi melalui pendekatan ramah, menggunakan bahasa yang sesuai, menggunakan komunikasi bukan lisan yang sesuai, dan menghindari penggunaan kata-kata penghakiman dengan para gelandangan. Oleh itu, strategi komunikasi telah membina kepercayaan, mengeratkan persahabatan dan memudahkan interaksi dengan para gelandangan.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Jasni, Mohd Alif alevmikail@gmail.com Mohd Che Nasir, Norruzeyati UNSPECIFIED Ibrahim, Mohd Nazri UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Journalism. The periodical press, etc. Press |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Communication and Media Studies |
Journal or Publication Title: | Forum Komunikasi (FK) |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Forum Komunikasi (FK) |
ISSN: | 0128-2379 |
Volume: | 15 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 57-91 |
Keywords: | Perintah Kawalan Pergerakan, Sukarelawan, Gelandangan |
Date: | 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42139 |