Abstract
ASSALAMUALAIKUM
Alhamdulillah dengan izin dan rahmatNya dapat kita bersama-sama dalam penerbitan e-Wahana Lestari PTDI. Tahniah dan terima kasih saya rakamkan buat sidang ridaksi
yang telah menyumbang tenaga dan idea dalam keluaran kali ini. Banyak cabaran dan dugaan yang dihadapi untuk menyampaikan dan menyalurkan maklumat kepada
masyarakat di dalam era digital pada masa kini. Namun kerjasama dan sokongan padu yang diberikan oleh staf PTDI akhirnya telah berjaya menerbitkan e-Wahana Lestari PTDI Januari-Jun 2020 ini. E-buletin ini juga merupakan salah satu platform yang terbaik untuk mendedahkan serta meningkatkan ilmu pengetahuan para siswa-siswi terhadap Perpustakaan Digital yang menjadi akses utama kepada sumber maklumat terkini. Semoga usaha ini mampu untuk memartabatkan kedudukan Perpustakaan di dalam kalangan siswa-siswi sebagai elemen penting untuk menuntut ilmu selain daripada sesi pembelajaran di dalam bilik-bilik kuliah. Adalah menjadi harapan saya agar melalui penggemblengan usaha semua Pustakawan, staf dan pensyarah akan terus mampu meningkatkan lagi kredibiliti dan kerjasama dalam mengangkat perpustakaan menjadi salah satu aset pusat kecemerlangan keilmuan dan pendidikan universiti . Sekian, wasalam
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdullah, Mawar Noor UNSPECIFIED Norudin, Nurul Amin UNSPECIFIED Mohd Nor, Roslan UNSPECIFIED Samsuri, Mohd Azmi UNSPECIFIED Mohd Azahar, Nor Azelea UNSPECIFIED Nurul Iza, Ibrahim UNSPECIFIED |
Subjects: | Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Library Science. Information Science Z Bibliography. Library Science. Information Resources > ZA Information resources (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Segamat Campus > Perpustakaan Tun Dr. Ismail |
Journal or Publication Title: | Wahana Lestari Perpustakaan Tun Dr Ismail |
Volume: | 1 |
Number: | 1-6 |
Page Range: | pp. 1-17 |
Related URLs: | |
Keywords: | Wahana Lestari; PTDI; Buletin; UiTM Cawangan Johor |
Date: | 2020 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42046 |