Inovasi bangku gypsum / Zulkarnian Hassan and Siti Maryam Ali Yasin

Hassan, Zulkarnian and Ali Yasin, Siti Maryam (2012) Inovasi bangku gypsum / Zulkarnian Hassan and Siti Maryam Ali Yasin. In: 1st International Conference on Innovation and Technology for Sustainable Built Environment 2012 (ICITSBE 2012), 16-17 April 2012, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak.

Download

[thumbnail of 42001.pdf] Text
42001.pdf

Download (332kB)

Abstract

Gypsum atau lebih dikenali dengan nama Plaster of Paris (POP) adalah suatu bahan tradisional yang digunakan meluas dalam bidang Seramik, kejuruteraan bahan dan Sains gunaan. Inovasi POP telah berkembang melalui fungsi gunaan, penyatuan bahan tambahan mengikut kepakaran atau penyelidikan. Kajian yang dilakukan terhadap bahan POP ini merupakan suatu projek penggabungan bahan asal bersama bahan yang dikitar semula. Pemilihan bahan campuran ini diambil dari kajian lepas iaitu POP dan kotak ‘packaging’di mana ia dipertingkatkan dari segi kualiti bahan dan kemasan permukaan. Kajian terdahulu berdasarkan
kepada industry pengacuanan produk Seramik, manakala kajian terkini menjurus kepada penghasilan produk rekaan berasaskan kepenggunaan harian. Kajian yang dijalankan di beberapa kawasan kediaman rumah menunjukkan kadar saiz kawasan laman adalah terhad dan kehendak pengguna adalah untuk memiliki laman sendiri. Keinginan untuk melengkapkan kawasan laman dengan perabut untuk aktiviti riadah menyebabkan
suasana menjadi sempit dan tidak teratur. Justeru, kajian telah dijalankan berobjektif untuk mengurangkan keadaan sempit, memenuhi keperluan pengguna untuk aktiviti riadah di rumah. Selain itu untuk memperkenalkan bahan berpotensi menghasilkan bangku untuk kediaman bersaiz kecil dan sederhana. Ia
memenuhi keselesaan pengguna, bentuk kontemporari dan variasi warna. Dihasilkan melalui proses blok acuan, bentukkan, pengeringan dan kemasan. Rekabentuk produk ini mendapat pengiktirafan di pertandingan inovasi menerusi kategori rekaan terbaik. Ia mempunyai ciri-ciri keselesaan bentuk kedudukan punggung dan mampu menyokong tulang punggung. Fungsi gunaan sebagai bangku sesuai untuk melakukan aktiviti senaman
duduk. Penggunan bahan kitar semula ke dalam bahan POP adalah untuk meringankan bangku mudah alih untuk simpanan. Kesimpulan dari kajian yang dijalankan mengambil aspek keselesaan, harga, fungsi dan keselamatan pengguna selain bercirikan produk bangku kontemporari.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email
Hassan, Zulkarnian
zulka246@perak.uitm.edu.my
Ali Yasin, Siti Maryam
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Technological innovations
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Technological innovations > Malaysia
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Manufacturing industries
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Manufacturing industries > Furniture industry and trade
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus
Event Title: 1st International Conference on Innovation and Technology for Sustainable Built Environment 2012 (ICITSBE 2012)
Event Dates: 16-17 April 2012
Page Range: pp. 151-155
Item ID: 42001
Uncontrolled Keywords: Bangku, Laman, Plaster of Paris, Waste Cardboard
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42001

ID Number

42001

Indexing


View in Google Scholar

Edit Item
Edit Item