Abstract
Zakat pendapatan ialah antara sumbangan utama di dalam pembangunan sosio ekonomi umat Islam. Bilangan pembayar zakat semakin bertambah setiap tahun namun masih ada lagi individu-individu tertentu di dalam masyarakat yang masih tidak menyedari akan kepentingan mengeluarkan zakat dan peranan utama yang boleh disumbangkan melaluinya. Tambahan pula, kurangnya kefahaman dan pengetahuan tentang zakat pendapatan dikenalpasti sebagai faktor yang mendorong kepada situasi ini beriaku. Justeru, kajian ini dibuat untuk melihat sebarang kemungkinan yang menjadikan hubungan signifikan antara faktor demografi, kesedaran, kepuashatian terhadap agihan zakat dan pengetahuan dengan keputusan seseorang individu itu untuk mengeluarkan zakat. Ujian Chi-Square dan One sample T-test telah digunakan untuk mengenalpasti perhubungan kesemua faktor dan pembolehubah tersebut. Hasilnya, ujian Chi-square menunjukkan terdapatnya hubungan yang signifikan antara faktor demografi iaitu faktor status perkahwinan, umur dan pendapatan dengan keputusan untuk membayar zakat pendapatan. Namun demikian, faktor demografi yang lain seperti jantina, tempat kerja dan latarbelakang pendidikan tidak menunjukkan hubungan yang signifikan. Sementara itu, faktor kesedaran, kepuashatian terhadap agihan zakat dan pengetahuan terhadap zakat, masing-masing mempunyai hubungan yang signifikan dengan pengeluaran zakat pendapatan.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Sharif, Dziauddin UNSPECIFIED Abdul Hamid, Md Saufi UNSPECIFIED Che Yaacob, Ahmad UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Alms (Zakat) B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Alms (Zakat) > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka |
Keywords: | Zakat pendapatan; Pembayar zakat; Kajian; Segamat |
Date: | 2011 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/41791 |
Download
41791.pdf
Download (4MB)