Abstract
Objektif utama di dalam praktis insurans adalah demi menegakkan hubungan kerjasama bersama di antara pemegang polisi dan syarikat insurans bagi menyediakan satu bentuk perlindungan dan jaminan material terhadap sesuatu risiko yang tidak dapat dijangkakan bagi tuntutan pampasan ganti rugi melibatkan kemalangan jalan raya. Akan tetapi, pihak-pihak hendaklah tidak menjadikan ia sebagai satu peluang untuk mendapatkan sejumlah award pampasan kerugian yang tidak dapat dijangkakan. Objektif kajian ini adalah untuk mendiskusi secara menyeluruh kaedah pemberian kuantum pampasan ganti rugi kecederaan diri kes kemalangan jalan raya menurut perundangan Islam dan prinsip undang-undang sivil. Bentuk kajian menggunakan kaedah perbandingan daripada sebuah kajian kes yang dipilih bagi menganalisa isu-isu perbezaan dan persamaan berkenaan kuantum pampasan kecederaan diri menurut perundangan Islam dan praktis semasa Takaful yang juga berdasarkan sistem undang-undang sivil dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Dapatan menunjukkan bahawa secara praktis, Mahkamah berkecenderungan untuk memberikan award kerugian yang tidak memadai kadarnya berdasarkan kes-kes yang telah diputuskan berhubung kuantum kecederaan diri kes kemalangan jalan raya khasnya berbanding kuantum pampasan di dalam perundangan Islam bersumberkan Al-Quran, sunnah, qiyas dan masalih mursalah yang lebih telus dan adil kepada mangsa-mangsa kemalangan. Oleh yang demikian, satu pengharmonian dalam pemberian award pampasan ganti rugi menurut perundangan Islam dapat dilaksanakan agar ia lebih komprehensif demi memberikan keadilan dan perlindungan di pihak mangsa di samping tidak membebankan pihak insurans serta negara.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Khair, Siti Khadijah UNSPECIFIED Md Dahlan, Nuarrual Hilal UNSPECIFIED |
Subjects: | K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > Civil law K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh > Insurance law (Islamic law). Qānūn al-taʼmīn |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perlis > Arau Campus |
Journal or Publication Title: | Jurnal Intelek |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Jurnal Intelek (JI) |
ISSN: | 2682-9223 |
Volume: | 14 |
Number: | 2 |
Page Range: | pp. 7-17 |
Keywords: | award kerugian yang tidak mencukupi, kuantum pampasan kecederaan diri, perundangan Islam, praktis semasa Takaful, undang-undang sivil |
Date: | December 2019 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/41776 |